Wednesday, April 30, 2008

SYAHRULNIZAM JALANI LATIHAN


Muhammad Syahrulnizam MOhd Noor yang akan menyambut hari lahir ke 4 tahun giat menjalani latihan sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu yang bermula 10 hingga 15 Jun 2008.

Antara latihan yang dijalankan ialah mendaki tangga 10 tingkat 1-2 kali seminggu disamping berenang di kolam 2-3 kali seminggu.

Disamping itu juga beliau juga turut membuat penyesuaian diri dengan mendaki sekitar kawasan kaki Gunung Nuang, Gunung Tebu pada sebelah pagi.

Dalam program Explorasi Kinabalu 2008 yang dianjurkan ini adalah sempena sambutan Ulangtahun Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun ini sebagai satu tanda taat setia kkepada Yang di-Pertuan Agong dengan melakukan aktiviti sukan lasak yang penuh memberi makna kepada negara.
Selain ahli Kelab Rekreasi Kota, seorang doktor, jurupandu, Media cetak dan elektronik, Wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan wakil Taman-Taman Sabah dijangka akan turut sama menjaya program ini.
Dijangkakan seramai 25 orang akan menyertai program pendakian ini yang mana majlis potong kek ulangtahun ke 4 tahun Muhammad Syahrulnizam akan dibuat di puncak Gunung Kinabalu pada 13 Jun ini.

Sunday, April 20, 2008

EXPLORASI KINABALU 2008 bermula 10-15 Jun 2008

Explorasi Kinabalu 2008 yang akan bermula 10 hingga 15 Jun 2008 bakal melahirkan masyarakat yang berdisiplin tinggi serta bertanggungjawab dalam membina dan mempunyai semangat patriotik kepada Negara.
Pendakian itu diadakan sempena menyambut ulangtahun pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun ini.
Pendaki muda iaitu Muhammad Syahrulnizam bakal mencipta sejarah dengan menyambut ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada pada 13 Jun 2008, genap usia empat tahun.
Kejayaan yang bakal diperolehi beliau akan menjadi satu insprirasi dan boleh menjadi satu ikon kepada semua kanak-kanak serta remaja seluruh Malaysia kerana kecekalan diri dan semangat yang tinggi harus disematkan dari usia yang muda.
Explorasi Kinabalu 2008 juga bertujuan untuk memupuk semangat keberanian dan keyakinan diri serta berdikari disamping menanamkan semangat yang positif kepada semua peserta samada peserta daripada kelab Rekreasi Kota mahupun media.
Kecergasan mental dan fizikal dalam program Explorasi Kinabalu 2008 juga boleh membuatkan para peserta terus cekal menghadapi cabaran terutama ketika menghadapi masa depan yang semakin mencabar.
Program ini juga boleh menjadi contoh yang baik kepada semua golongan melalui siaran kaca televisyen dan media masa kerana untuk mencapai kejayaan kita harus berusaha gigih tanpa mengenal erti kekecewaan.
Menjadikan gunung-gunung di Malaysia sebagai salah satu destinasi menarik untuk didaki dan ianya akan terus dikenali sebagai destinasi sukan pelancongan yang terkenal dengan cabaran yang extream pada masa akan datang.

Saturday, April 12, 2008

Pendaki SOLO - akan membuat percubaan keDUA tangga Menara KL

Walaupun telah berjaya mencipta rekod dengan mendaki sebanyak 30 kali tangga Menara Kuala Lumpur, Pendaki SOLO masih tidak berpuas hati dan ingin melakukan pendakian kali kedua sebanyak 50 kali dalam tempoh tiga hari dua malam dalam tempoh terdekat ini.
Pendakian kali kedua itu nanti bakal menyaksikan pendaki SOLO memecahkan rekodnya sendiri dan akan dimasukkan ke dalam Guinnes Worlds Record sebagai pendaki pertama di dunia yang berjaya melakukan pendakian sebanyak 50 kali dalam tempoh tiga hari di Menara Kuala Lumpur.
Urusetia pendaki SOLO telah memaklumkan kepada pihak Guinnes Worlds Record mengenai pendakian kedua ini dan mereka menunggu keputusan nanti yang mana segala maklumat seperti gambar, video keratan akhbar dan juga surat pengesahan pendakian daripada Menara Kuala Lumpur selepas pendakian dilakukan nanti.
Pendaki SOLO kini giat menjalankan latihan bagi menguatkan fizikal dan mental sebelum melakukan cabaran sebenar dengan mendaki tangga apartment setinggi 10 tingkat sebanyak lima hingga sepuluh kali sehari.
Selain latihan dijalankan pada sebelah pagi atau petang, pendakian latihan itu juga turut dilakukan pada malam yang mana setiap sessi pendakian mengambil masa 30 minit hingga dua jam, ianya bergantung kepada keadaan semasa.
Selain itu juga, pendaki SOLO juga menjalani latihan berenang dan menyelam bertujuan untuk mengekalkan stamina terutama paru-paru dan juga pernafasan.
Kini beliau telah bersedia untuk melakukan pendakian tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 50 kali, yang mana pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur sedang mencari masa yang paling sesuai untuk membolehkan pendaki SOLO melakukan pendakian nanti.
Adalah menjadi harapan semua urusetia pendaki SOLO agar pendakian kedua ini dapat dilakukan dalam tempoh yang terdekat ini.
Pendaki SOLO yang mempunyai semangat Malaysia Boleh..!! dan mempunyai cita-cita tinggi bagi memperkasakan Malaysia dipersada dunia melalui pendakian solo pada masa akan datang.
Malaysia Boleh..!! Yakin Boleh..!! pendaki SOLO pun Boleh..!!








Friday, April 11, 2008

BOY, 3, Training to Climb Mt Kinabalu JUN 2008

By R.S.N. MURALI
(The Stars)
KUALA TERENGANU: He's only three years old but Sahrul Nizam Mat Noor has started training to climb Mount Kinabalu next year and celebrate his birthday on the summit.
If he makes it, he will become the youngest ever to have made it up the mountain.
Sahrul Nizam started training under his seasoned mountaineer father Mohd Noor Mat Amin from the second day of Hari Raya. He will set off with his father on June 8 to hike up the mountain and reach the peak on June 13, which is his birthday.
Mohd Noor said they have to start much earlier as his son would most likely develop muscle cramps and have to rest frequently due to his tender age.
“Nevertheless, Sahrul Nizam is coping with the gruelling training session that I am putting him on now,” said Mohd Noor who is in the Malaysia Book of Records for climbing solo to the peak of Mount Kinabalu 50 times.
“My son has always been curious about what it is like at the peak.
“I asked whether he wanted to celebrate his birthday at the top of the mountain and he nodded happily, so I am helping to make his wish come true,” he said after a dinner organised by Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh on Tuesday.

Wednesday, April 2, 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL THE MALAYSIA BOOK RECORDS

Majlis Penyampaian Sijil The Malaysia Book Records oleh Datuk Seri Azalina Othman Said selepas pendaki Solo berjaya menamatkan Pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu pada 10 Sept 2007 di Taman Kinabalu Sabah.

CEO KUALA LUMPUR TOWER

SOKONGAN OLEH KETUA PEGAWAI ESEKUTIF MENARA KUALA LUMPUR