Monday, June 15, 2009

APA ITU...????




Friday, June 12, 2009

Ulangtahun pertama Pendakian termuda tangga KL Tower







Pendaki termuda tangga DUNIA, Muhammad Syahrulnizam yang berjaya mencipta rekod sebagai pendaki tangga termuda Menara Kuala Lumpur pada 6 Jun 2008 diraikan dalam satu majlis ringkas sebaik sahaja genap satahun pencapaiannya.



Muhammad Syahrulnizam hanya memotong kek ulangtahun pertama kejayaan mencipta rekod yang diiringi rakan-rakan di Jertih Terengganu pada 6 Jun 2009 lalu sempena cuti sekolah.



Sehingga kini, tiada siapa pun yang berjaya melakukan pendakian tangga bagi memecahkan rekod yang dipegang oleh Muhammd Syahrulnizam yang diiktiraf oleh The Malaysia Book Records. dapatkan buku Permata Tanahair dalam http://www.summitmy.com/



Sementara itu, bagi merealisasikan impian negara sebagai yang PERTAMA di DUNIA Pendaki Solo Negara(PenSOLO), Mohd Noor Amin akan membuat satu lagi kejutan seluruh masyarakat di seluruh dunia dalam World Solo Climb 2009-2010 yang akan bermula pada 15 November 2009 hingga Jun 2010.



Pensolo akan melakukan pendakian dalam 111 World Solo Climb dE Kinabalu bermula 15 Nov 2009 hingga 25 Mac 2010, 111 World Solo Climb dE KL Tower pada 1 hingga 7 Mei 2010 dan Solo Climb dE Eiffel Tower 2010 pada Jun 2010.



Thursday, June 4, 2009

RAIS YATIM KAGUM PERMATA TANAHAIR




KUALA LUMPUR, 4 JUN 2009 -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim melihat buku Permata Tanahair yang diserahkan oleh Pendaki Solo, Mohd Noor Amin selepas majlis pelancaran pecah tanah Bangunan Pentadbiran Balai Seni Lukis Negara yang bernilai RM25.8 juta di sini hari ini.


Beliau amat kagum dengan cover dan kandungan buku yang mempunyai 32 halaman yang menceritakan bagaimana kejayaan seorang pendaki termuda negara, adik Muhammad Syahrulnizam yang berjaya mencipta rekod dunia dalam pendakian tangga Menara Kuala Lumpur pada 6 Jun 2008.
Tujuan Mohd Noor menyerahkan buku tersebut ialah untuk mendapat satu rancangan daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan agar buku ini menjadi salah satu bahan sebagai semangat seluruh warga malaysia bagi menjayakan impian pemimpin negara iaitu 1Malaysia.




------ lagi akan datang