Monday, December 12, 2011

TUNDA LAGI

12 Dis 2011 –Program cabaran solo Stair Climbing Vertical Height in 24 hours (up and down) yang akan dilakukan oleh pandaki SOLO, Mohd Noor Mat Amin pada 30 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 terpaksa di tunda lagi untuk kali ke enam kepada tarikh baru iaitu 29 hingga 29 April 2012 kerana pihak AJK penganjur gagal mendapat sebarang penaja korporat bagi menampung kos perbelanjaan yang agak tinggi.
Penundaan ini terpaksa dilakukan kerana penganjur gagal memperolehi penajaan terutama bagi membiayai kos perbelanjaan bagi pengiktirafan oleh Guinness World Records sebanyak RM80 ribu (termasuk kos Fastraks, lesen penggunaan logo, Penginapan, pengangkutan darat, penerbangan, yuran dan sebagainya) untuk wakil GWR hadir menyaksikan dan mengiktiraf cabaran rekod baru dunia ini.
Kos pengambaran video untuk rekod pendakian sekurang-kurang menggunakan 10 kamera video yang berkualiti tinggi untuk live (NCP) yang bleh dipancarkan terus ke kaca televisyen dan juga ke internet (laman sesawang www.pendakisolo.com) yang boleh disaksikan oleh semua selama 24 jam itu sebanyak RM70 ribu.
Sementara itu, kos lain sebanyak RM100 ribu pula ialah untuk pentadbiran, promosi, makan minum,peralatan, pakaian, urusetia, majlis perlepasan, majlis penyampaian sijil rekod, acaran sampingan dan sebagainya.
Kos latihan dan persiapan diri pendaki solo hanya la sebanyak RM40 ribu sahaja yang mana kos ini telah bermula sejak latihan dilakukan sejak pertengahan tahun 2010 (sebelum ini beliau banyak menggunakan perbelanjaan sendiri.
Namun begitu, pihak penganjur telah menetapkan tarikh baru iaitu 27 hingga 29 April 2012 sebagai tarikh cabaran yang baru. Pendakian akan bermula pukul 10 pagi pada 28 April dan akan tamat pukul 10 pagi pada 29 April.
Namun begitu, pendaki solo tetap menjalani latihan seperti biasa dengan mendaki tangga, mendaki bukit Broga, Bukit Tabur, Gunung Tebu dan Gunung Kinabalu dan sebagainya bagi memastikan tahap kecegasan dan stamina berada dalam keadaan yang sentiasa bersedia.
Pendaki solo sendiri sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama dengan Majlis Promosi Kesihatan (MySihat), Majlis Sukan Angkatan Tentera, dan beberapa agensi lain untuk sama-sama menjayakan program yang bertaraf dunia ini.
Pendaki Solo juga sedang berusaha menjalin hubungan dengan wakil The Discovery Channel bagi tujuan promosi ini.
Semua AJK yang dilantik oleh Kelab Rekreasi Kota sebagai penganjur terpaksa akur atas perubahan tarikh itu tetapi teta bersemangat untuk kejayaan yang bakal dilakukan oleh pendaki solo negara di dalam negara sendiri. -