Thursday, March 20, 2014

Cipta Rekod dalam MISSION 57H57Y
Pencipta rekod negara, Pendaki SOLO akan terus melakukan cabaran solo bertujuan untuk mencipta rekod sebagai yang pertama di Malaysia mahupun di dunia.
Terkini ialah program dalam 'MISSION 57H57Y' dengan melakukan pendakian Gunung Kinabalu selama 57 jam tanpa henti sebagai simbolik i kemerdekaan negara sejak 57 tahun yang lalu.
MISSION 57H57Y merupakan rekod pertama dilakukan oleh Pendaki SOLO yang bakal diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai yang pertama di Malaysia dan di dunia yang mana ianya berlansung pada 22 Ogos hingga 24 Ogos 2014. 
Sehingga kini Pendaki SOLO telah menghasilkan tiga rekod pertama yang dicatatkan di dalam buku MBR. 
Kejayaan mencipta rekod pertama ialah melakukan pendakian solo 50 kali puncak kinabalu selma 60 hari pada tahun 2007
Kejayaan kedua melakukan pendakian sebanyak 20 kali naik dan 20 kalu turun di tangga Menara Kuala Lumpur dalam tempoh  24 jam tanpa henti pada tahun 2008. 
Kejayaan ketiga ialah melakukan pendakian solo sebanyak 111 kali dlm tempoh 111 hari di Gunung Kinabalu pada tahun 2009-2010.
Kini Pendaki Solo sedang melakukan persiapan bagi menyahut cabaran dalam MISSION 57H57Y seperti melakukan latihan intensif, membuat rangka kos perbelanjaan, pemilihan pembantu khas (sukarelawan) bagi pengurusan rekod dan sebagainya  supaya ianya berjalan lancar nanti.