Saturday, August 29, 2009

SOKONGAN DIPERLUKAN


Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 fassa pertama akan bermula pada 1 Disember ini sehingga 21 Mac 2010, adalah menjadi harapan agar semua pihak dapat memberikan sokongan kepada usaha pendaki solo yang ingin mengharumkan nama negara dengan mencipta rekod pertama dunia di Gunung Kinabalu dan usaha beliau untuk memperolehi pengiktirafan sebagai orang pertama melakukan pendakian sebanyak 111 kali dalam tempih 111 hari dicatatkan di Guinness World Records.
Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 juga bakal menyaksikan liputan menyeluruh oleh agensi berita antarabangsa yang berpusat di Singapura bagi disiarkan didalam pelanggannya yang terdiri stesen televisyen dan akhbar di seluruh dunia.
Sementara itu, beberapa akhbar dan stesen televisyen negara juga bersedia membuat liputan menyeluruh tentang pendakian yang bakal dilakukan oleh pondaki solo atas nama 1Malaysia.
Adalah menjadi harapan pendaki solo dan team pasukan sokongan agar mendapat penajaan dan kerjasama daripada pelbagai pihak samada daripada sektor kerajaan atau korporat di negara ini.
Kejayaan Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 yang akan diadakan di Gunung Kinabalu, sabah dan Menara Kuala Lumpur bakal mempromosikan nama negara dipersada dunia.
Pendakian ini juga merupakan sebagai wakil daripada seluruh rakyat Malaysia untuk mencipta rekod dunia di dalam negara sendiri.
Walaupun pendakian sudah semakin hampir, banyak pihak yang masih belum memberi kata putus kepada team pendaki solo samada akan memberi sokongan, kerjasama atau pun memberi penajaan bagi menampung kos yang besar sepanjang program berlangsung.
Adalah menjadi harapan agar Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 dapat disempurnakan pada masa yang telah ditetakkan... hanya tuhan sahaja yang menentukan, kita hanya berusaha.......

Monday, August 24, 2009

LATIHAN DI BULAN PUASA


Pendaki SOLO terus menjalani latihan pada sebelah malam dengan membuat sehingga lima kali mendaki tangga apartment setinggi 10 tingkat di samping melakukan senaman ringan bagi memperkuatkan fizikal sehinggalah tiba di hari cabaran sebenarnya yang bermula pada 1 Disember ini.

Latihan selama dua jam dilakukan pada sebelah malam bagi memperkasakan lagi otot-otot dan menstabilkan fitnes serta mengekalkan tahap kecergasan diri walaupun dilakukan pada bulan ramadhan yang mulia ini.

Walaupun purata latihan agak separuh berkurangan daripada biasa, namun begitu ianya tetap dilakukan seperti biasa pada sebelah malam.

Sementara itu, pihak urusetia pula sibuk membuat pengurusan Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 yang mana segala surat menyurat telah dihantar kepada kementerian terbabit dan juga kepada bakal penaja.

Sehingga hari ini, pihak urusertia juga sedang berusaha untuk mendapatkan surat perlepasan cukai korporat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada mereka yang menaja program ini nanti.

Adalah menjadi harapan agar panaja atau penyumbang dalam program ini mendapat perlepasan cukai daripada LHDN kerana program pendakian ini satu-satunya dilakukan oleh seorang anak Malaysia bagi mewakili seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 merupakan yang pertama dilakukan di dunia dan ianya oleh seorang anak Malaysia bagi menjadikan PERTAMA DI DUNIA.

Dengan slogan I CAN, WE CAN... ianya akan membuktikan kepada dunia bahawa anak Malaysia mampu melakukan yang pertama di dunia.



Tuesday, August 18, 2009

BELAJAR MENEMBAK




Sambil membuat assignment di Lapang Sasar Subang MrSOLO diberi peluang untuk mencuba mempelajari cara-cara menembak dengan menggunakan pistol petang semalam.


MrSOLO sempat menembak walaupun kurang mengena sasaran sebenar...WOW

Monday, July 6, 2009

Sunday, July 5, 2009

PenSOLO jadi tetamu Radio 24


Pendaki Solo telah dijemput sebagai tetamu rancangan YO Radio 24 pada 1 Julai lalu membincangkan bagaimana penSOLO berjaya melakukan pendakian mencipta rekod bagi memberi perangsang kepada golongan muda seluruh negara.

Rancangan selama 45 minit itu dihoskan oleh Dj Nazira Noran.

Foto menunjukkan PenSOLO bersama Dj Nazira Noran (kiri) dan Husna (kanan) selepas berakhirnya rancangan kira-kira jam 2 petang di Wisma bernama.

Friday, July 3, 2009

Latihan GUNUNG TEBU Terengganu

1 Pendakian... 1 Kemuncak... 1 Malaysia

Pendaki Solo akan meneruskan cabaran negara dengan melakukan Pendakian Solo 1 Malaysia 2009-2010 bagi mengantikan cabaran Le Solo Climb De Tower yang terpaksa ditangguh ekoran kerana masalah teknikal dan perbelanjaan yang terlalu besar.
Pendakian Solo 1 Malaysia yang berasaskan kepada 1 Pendakian... 1 Kemuncak... 1 Malaysia mempunyai dua fasa iaitu pendakian sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari ke puncak Gunung Kinabalu bermula pada 1 Disember 2009 hingga 21 Mac 2010 dan pendakian tangga Menara Kuala Lumpur juga sebanyak 111 kali dalam tempoh 168 jam bermula 1 hingga 57 Mei 2010.
Sehingga hari ini, Team Pendaki Solo masih mencari penaja dan sokongan bagi menjayakan kedua-dua fasa pendakian yang pertama di dunia dan ianya bakal diiktirafkan oleh Guinness World Records yang berpusat di London.
Adalah menjadi harapan, agar Pendakian Solo 1 Malaysia ini menjadi realiti bagi mewakili seluruh rakyat Malaysia bagi mencipta 2 rekod dunia di dual lokasi di dalam negara.
Pendaki Solo juga kini giat menjalani latihan seperti mendaki gunung, tangga dan juga renang di sekitar semenanjung bagi menguatkan otot-otot dan menstabilkan stamina sebelum tiba hari cabaran sebenar nanti.
Sehingga hari ini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim telah memberikan komitmen untuk memberi segala bantuan dalam cabaran yang dilakukan oleh pendaki solo.

Monday, June 15, 2009

Friday, June 12, 2009

Ulangtahun pertama Pendakian termuda tangga KL Tower







Pendaki termuda tangga DUNIA, Muhammad Syahrulnizam yang berjaya mencipta rekod sebagai pendaki tangga termuda Menara Kuala Lumpur pada 6 Jun 2008 diraikan dalam satu majlis ringkas sebaik sahaja genap satahun pencapaiannya.



Muhammad Syahrulnizam hanya memotong kek ulangtahun pertama kejayaan mencipta rekod yang diiringi rakan-rakan di Jertih Terengganu pada 6 Jun 2009 lalu sempena cuti sekolah.



Sehingga kini, tiada siapa pun yang berjaya melakukan pendakian tangga bagi memecahkan rekod yang dipegang oleh Muhammd Syahrulnizam yang diiktiraf oleh The Malaysia Book Records. dapatkan buku Permata Tanahair dalam http://www.summitmy.com/



Sementara itu, bagi merealisasikan impian negara sebagai yang PERTAMA di DUNIA Pendaki Solo Negara(PenSOLO), Mohd Noor Amin akan membuat satu lagi kejutan seluruh masyarakat di seluruh dunia dalam World Solo Climb 2009-2010 yang akan bermula pada 15 November 2009 hingga Jun 2010.



Pensolo akan melakukan pendakian dalam 111 World Solo Climb dE Kinabalu bermula 15 Nov 2009 hingga 25 Mac 2010, 111 World Solo Climb dE KL Tower pada 1 hingga 7 Mei 2010 dan Solo Climb dE Eiffel Tower 2010 pada Jun 2010.



Thursday, June 4, 2009

RAIS YATIM KAGUM PERMATA TANAHAIR




KUALA LUMPUR, 4 JUN 2009 -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim melihat buku Permata Tanahair yang diserahkan oleh Pendaki Solo, Mohd Noor Amin selepas majlis pelancaran pecah tanah Bangunan Pentadbiran Balai Seni Lukis Negara yang bernilai RM25.8 juta di sini hari ini.


Beliau amat kagum dengan cover dan kandungan buku yang mempunyai 32 halaman yang menceritakan bagaimana kejayaan seorang pendaki termuda negara, adik Muhammad Syahrulnizam yang berjaya mencipta rekod dunia dalam pendakian tangga Menara Kuala Lumpur pada 6 Jun 2008.
Tujuan Mohd Noor menyerahkan buku tersebut ialah untuk mendapat satu rancangan daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan agar buku ini menjadi salah satu bahan sebagai semangat seluruh warga malaysia bagi menjayakan impian pemimpin negara iaitu 1Malaysia.




------ lagi akan datang

Sunday, May 31, 2009

aktiviti terkini Arol masa Cuti TADIKA
















Arol turut dibawa oleh bapanya pendaki solo ke Menara Kuala Lumpur pada 30 Mei untuk bersama aktivi cuti sekolah di perkarangan menara itu dan sempat bergambar dengan RINI AF7.

Sementara sebelah petang beliau turut ke majlis Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor di Kompleks Rakan Muda Klang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek turut meluang masa bersama Arol seleps majlis perasmian dan juga jaguh Bina badan negara Sazali juga turut bergambar dengan Arol kerana kagum dengan pencapaian mencipta rekod sebelum ini.

MALAM JALAN LIMA, UTUSAN MELAYU
















Pendaki Solo bersama Pendaki Termuda Tangga Menara Kuala Lumpur turut menyerikan majlis Malam Jalan Lima Utusan Melayu (M) Berhad yang diadakan di Palace Of Gorden Horses pada 29 Mei lalu yang berkonsepkan 70an yang disertai kira-kira 400 petugas Utusan Malaysia.

Wednesday, May 27, 2009

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PERMATA TANAHAIR




KUALA LUMPUR, 26 MEI 2009 -- Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik (kiri) tertarik bila melihat naskah buku PERMATA TANAHAIR yang disampaikan oleh pendaki solo pada majlis beramah mesra dengan bersama media di sebuah hotel terkemuka malam tadi.
Beliau berkata, buku ini amat sesuai di baca dalam satu keluarga bagi memastikan kanak-kanak mendapat satu impian untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Friday, May 15, 2009

KUNTUM OKTBER 2008/DATO' MALEK MYDIN



Perenagng negara yang menyemberangi Selat Inggeris Dato' Malek Mydin terharu dengan kejayaan adik Muhammad Syahrulnizam mencipta rekod di Menara Kuala Lumpur tahun lalu.
Beliau bersedia mengajar Arol berenang supaya mempunyai pelbagai kebolehan dalam sukan lasak suatu hari nanti.
Beliau juga gembira atas anisiatif membukukan kejayaan seperti PERMATA TANAHAIR supaya menjadi salah satu bahan bacaan dan semangat kepada semua warga Malaysia.

Thursday, May 14, 2009

TIMBALAN PERDANA MENTARI


Temuramah dengan Timbalan Perdana Mentari yang juga Mentari Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai langkah bagi memperkasakan lagi kementerian pelajaran yang baru diterajuinya.
Sama-sama kita lihat apakah yang akan dilakukan bagi memperkemaskan sistem persekolahan negara untuk kebaikan semua anak bangsa masa kini.... apa pun bacalah hasil temuramah yang dilakukan oleh pengarang Mingguan Malaysia iaitu Zin Mahmud bersama Zukifli Bakar di dalam Mingguan Malaysia AHAD ini.
Yang pasti kedua-dua buku Permata Tanahair telah disampaikan kepada Tan Sri Muhyiddin selepas temuramah itu selesai....apa komen TPM...nantikan kemudian....foto tak sempat la......sbb masa tu masih bergalas kat bahu....

Sunday, May 10, 2009

PendakiSOLO bersama Ezzah Aziz Fawzy


Penerbit Eksekutif Primeworks Studio Sdn Bhd (media prima group) Ezzah Aziz Fawzy sekeluarga sempat bergambar dengan pendakiSOLO pada majlis sambutan Hari Ibu di Kawan Kopitian, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi hari ini.
Beliau dan keluarga amat banga atas pencapaian pendaki solo dan juga pendaki tangga termuda dunia yang juga anak kepada pendaki solo.

LITTLE CALIPHS SPORTS



Arol bersama lebih 100 kanak-kanak tadika little Caliphs menyertai sukaneka di Pavillion Stadium, UKM bangi semalam.

Saturday, May 9, 2009

AROL SERTAI SUKAN LITTLE CALIPHS






Arol bersama lebih 100 kanak-kanak tadika little Caliphs menyertai sukaneka di Pavillion Stadium, UKM bangi semalam.

Thursday, May 7, 2009

Permata Tanahair

Dapatkan buku Permata Tanahair sekarang melalui www.summitmy.com
Buku Edisi bahasa inggeris pula bertajuk The Youngest dijangka pada 6 Jun ini
Semuanya akan menemui dalam www.summitmy.com

Arol bersama Sheikh Muzaffar

Muhammad Syahrulnizam bersama Angkasawan Negara Dato Sheikh Muzaffar di Kuala Lumpur Tower ketika pengambaran Arol untuk Program Malaysia Book Records yang akan disiarkan di RTM

Sunday, May 3, 2009

Menara EIFFEL dan SEJARAH





Dibangun dalam rangka pekan Pameran Dunia dan perayaan Revolusi Perancis, menara dengan bendera berkibar di puncaknya diresmikan pada tanggal 31 Maret 1889. Meskipun kecaman dan protes yang keras dari penduduk Paris dan kalangan intelektual selama dibangun, kerangka besi ini menjadi simbol kota Paris dan menarik lebih dari 6 juta pengunjung setiap tahun.

Pemimpin Proyek : Tuan Gustave Eiffel dibantu oleh, antara lain, para insinyur Maurice Koechlin dan Emile Nouguier serta Stephen Sauvestre sebagai arsitek.

Rencana proyek dimulai tahun 1884. Meskipun semua halangan di atas, pembanguan menara dimulai pada tahun 1887 dan selesai 26 bulan kemudian pada tahun 1889. Telah direncanakan menara ini akan dirobohkan setelah berlangsungnya pekan Pameran Dunia 1900. Akan tetapi, percobaan berhasil dari transmisi radio yang dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Perancis sebelum hari pemugaran akhirnya menyelamatkan menara Eiffel.

Bahan yang digunakan : Besi baja dikaitkan dalam bentuk persilangan dari 18.038 biji yang diperkuat dengan 2.500.000 paku. Kerangka dari karya Tuan Gustave Eiffel ini tahan angin dan walaupun bahannya dari besi, berat menara hanya 7.300 ton.

Tinggi : Dari tanah sampai tiang bendera, tingginya 312.27 meter pada tahun 1889, sekarang 324 meter dengan antenanya. Saat ini, berbagai perusahaan televisi Perancis memasang antena mereka di puncak Menara Eiffel.

Dimiliki oleh Pemerintah Daerah Paris dan dikelola oleh perusahaan swasta, "Société Nouvelle de l'Exploitation de la Tour Eiffel", kerangka besi ini direnovasi setiap 7 tahun sekali dan dicat dengan 50 ton cat. Renovasinya digarap olah pekerja yang manguasai olah raga alpinis dan akrobatis.

Penerangan : "Gadis Besi" ini diterangi dengan 352 projektor 1.000 watts dan berkedip setiap sengah jam pada malam hari dengan 20.000 bola lampu dan 800 lampu disko.

Supaya membuat menara kelihatannya lebih hidup, 4 lampu laser xenon yang berkekuatan 6.000 watts berputar secara permanen di puncak menara.

Jumlah tangga : 1.665 tangga bagi pengunjung yang senang olah raga. Ada 2 buah lift yang naik ke tingkat dua dimana bisa ditemukan berbagai toko suvenir.

Apartemen pilihan anda masih kosong. Silahkan pilih 1 apartemen sampai 6 apartemen lalu isi Formulir Pembookingan.
Anda harus memilih paling tidak satu apartment dari hasil search apartment.

Wednesday, April 29, 2009

AROL di KL TOWER





Arol bersama Dato' Sheikh Mudzaffar ketika shooting Malaysia Book Record di Menara Kuala Lumpur pada 29 April 2009 oleh itu sila layari www.summitmy.com

Tuesday, April 21, 2009

AROL DAN PERMATA TANAHAIR




AROL BERSAMA BUKU PERMATA TANAHAIR.....

PERMATA TANAHAIR


Dapatkan buku Permata Tanahair melalui www.summitmy.com

Monday, April 20, 2009

Copy n Paste FAKTA PUNCAK EVEREST

Prestasi dan Rekor
Sejumlah prestasi dan rekor digoreskan di Everest. Sejarah mencatat, prestasi dan rekor itu tak semuanya menyenangkan. Ada tawa dan tangis. Ada keberhasilan, ada kegagalan. Ada kebahagiaan, juga
kecemasan. Yang jelas, ini catatan tentang perjuangan manusia dengan segala ikhtiarnya menggapai puncak tertinggi di dunia.
1922
Kematian pertama yang tercatat adalah 7 orang sherpa terjebak dalam longsoran salju (avalanche).
29 Mei 1953
Tenzing Norgay & Sir Edmund Percival Hillary dari Selandia Baru menjadi pendaki pertama yang mencapai puncak Everest. Kedua pendaki ini melalui jalur punggungan tenggara dan hingga saat ini disebut sebagai Normal Route (Khumbu Glacier, Western Cwm, Lhotse Face, South Col, South Summit, South-East Ridge).
25 Mei 1960
Pendaki Cina berhasil mencapai puncak Everest melalui Punggungan Utara (dari sisi Tibet).
1963
James Whittaker menjadi pendaki Amerika Serikat pertama yang mencapai puncak Everest.
22 Mei 1963
Willi Unsoeld dan Tom Hornbein menjadi pendaki pertama yang berhasil mencapai puncak Everest melalui punggungan barat. Di sekitar puncak, mereka melambung ke dinding utara dan menuju puncak
melalui sebuah celah yang kemudian dikenal sebagai Celah Hornbein (Hornbein Culoir). Kedua pendaki ini juga menjadi orang pertama yang melakukan pelintasan (traverse), mendaki dari punggungan barat, turun melalui jalur normal (punggungan tenggara).
20 Mei 1965
Nawang Gombu menjadi orang pertama yang mencapai puncak Everest dua kali. Rekor pertama kali dilakukannya bersama ekspedisi Amerika pada 1963. Hingga 20 Mei 1965, baru 17 kali puncak Everest dicapai orang. Orang ke-11 dan orang ke-17 adalah Nawang Gombu.
16 Mei 1975
Junko Tabei dari Japan menjadi wanita pertama yang mencapai puncak Everest. Pendaki ini melakukan pendakian melalui jalur normal (punggungan tenggara).
27 Mei 1975
Hanya berbeda 11 hari dari Junko Tabei, Phantog, pendaki wanita dari Tibet, menjadi wanita kedua yang mencapai puncak Everest. Phantog mendaki melalui sisi utara (Tibet) dan menjadi wanita pertama yang mencapai puncak Everest dari sisi Utara.
24 September 1975
Dougal Haston dan Doug Scott dari Inggris mencapai puncak Everest melalui jalur dinding barat daya.
8 Mei 1978
Peter Habeler (Austria) and Reinhold Messner (Italia) mencapai puncak Everest melalui jalur normal tanpa menggunakan tabung oksigen. Rekor mereka dicatat sebagai "pendakian pertama tanpa
bantuan oksigen."
1978
Wanita Eropa pertama yang mencapai puncak Everest adalah Wanda Rutkiewicz. Wanita ketiga yang berdiri di puncak Everest ini kelak menjadi wanita pendaki yang sangat terkenal.
1979
Hannelore Schmatz menjadi wanita pendaki ke-4 yang mencapai puncak Everest. Dia "wanita pendaki pertama" yang tewas di Everest karena terjatuh tidak terlalu jauh dari puncak pada saat turun.
13 Mei 1979
Andrej Stremfelj dan Jernej (alias Nejc) Zaplotnik mencapai puncak Everest dari punggungan barat dan turun melalui celah Hornbein. Mereka menjadi pendaki Slowakia pertama mencapai puncak Everest.
17 Februari 1980
Krzysztof Wielicki (Polandia) menjadi pendaki pertama yang melakukan pendakian di musim dingin (first winter ascent).
10 Mei 1980
Tsuneoh Shigehiro dan Takashi Ozaki membuat jalur baru di dinding utara Everest (dikenal sebagai celah Jepang atau Japanese > Couloir) yang berawal dari dasar dinding utara dan menyambung ke
celah Hornbein.
19 Mei 1980
Jerzy Kukuczka dan Andrzej Czok dari Polandia mendaki melalui punggungan selatan (south pillar). Punggungan ini terletak di sebelah kanan dari dinding barat daya Everest.
20 Agustus 1980
Reinhold Messner (Italia) melakukan pendakian seorang diri (solo) melalui celah utara (North Col), mendaki menuju dinding utara dan melalui celah utama di dinding utara. Messner mendaki seorang diri selama 3 hari dari base camp (6.500 meter) tanpa bantuan oksigen.
5 Oktober 1982
Laurie Skreslet menjadi pendaki Kanada yang mencapai puncak Everest.
4 Mei 1982
sebelas pendaki Rusia mencapai puncak Everest melalui punggungan barat daya (south west pillar) yang terletak di bagian kiri celah besar di tengah-tengah dinding barat daya Everest.
8 Oktober 1983
Lou Reichardt, Kim Momb, dan Carlos Buhler mencapai puncak Everest melalui dinding timur (dinding Kangshung).
23 Mei 1984
Bachendri Pal menjadi "pendaki wanita India" yang mencapai puncak Everest.
3 Oktober 1984
Tim Macartney-Snape dan Greg Mortimer dari Australia mencapai puncak Everest melalui punggungan utara (di dinding utara menuju celah Norton) tanpa bantuan oksigen.
20 Oktober 1984
Phil Ershler menjadi pendaki Amerika Serikat pertama yang mencapai puncak Everest melalui sisi utara.
1985
Dick Bass, 55 tahun, menjadi pendaki tertua yang mencapai puncak Everest.
20 Mei 1986
Sharon Wood, Kanada, menjadi wanita Amerika Utara yang mencapai puncak Everest dengan membuka jalur baru dari punggungan barat di Rongbuk Glacier dan menuju puncak melalui celah Hornbein.
12 Mei 1988
Stephen Venables, Inggris, mendaki puncak Everest melalui jalur baru di sebelah kiri dari jalur dinding timur (dinding Kangshung) yang didaki pada 1983.
29 September 1988
Stacey Allison menjadi pendaki wanita Amerika Serikat yang mencapai puncak Everest melalui punggungan tenggara.
14 Oktober 1988
Lydia Bradey, New Zealand, menjadi pendaki Wanita pertama yang berhasil mencapai puncak Everest tanpa bantuan oksigen.
16 Mei 1989
Ricardo Torres, Meksiko, menjadi pendaki Amerika Latin yang berhasil mencapai puncak Everest.
1989
Carlos Carsolio menjadi pendaki Amerika Latin yang berhasil mencapai puncak Everest tanpa bantuan oksigen.
7 Oktober 1990
Andrej & Marija Stremfelj, Slovenia, menjadi pasangan suami-istri yang mencapai puncak Everest bersama-sama. Marija Stremfelj juga menjadi wanita Slowakia pertama yang mencapai puncak Everest.
10 Mei 1990
Peter Hillary, Selandia Baru, menjadi pendaki pertama yang ayahnya juga pernah mencapai puncak Everest.
11 Mei 1990
Mikael Retersward menjadi pendaki Swedia yang mencapai puncak Everest.
6 Oktober 1990
Jean Noel Roche dan puteranya, Roche Bertrand alias Zebulon, menjadi pendaki ayah-anak pertama yang mencapai puncak Everest bersama-sama. Kedua ayah-anak ini turun dari South Col langsung ke Base Camp menggunakan paralayang bersama-sama (tandem) pada 7 Oktober 1990. Waktu itu, Roche Bertrand berumur 17 tahun dan pada saat itu merupakan pendaki termuda yang mencapai puncak Everest.
25 September 1992
Dua orang kakak-beradik, Alberto dan Felix Inurrategui mencapai puncak Everest.
23 April 1993
Pasang Lhamu Sherpa menjadi wanita Nepal yang pertama kali mencapai puncak Everest. Dia meninggal ketika turun dari puncak Everest.
1993
Dicky Dolma, India, menjadi wanita termuda yang mencapai puncak Everest. Ketika itu, dia berumur 19 tahun.
11 Mei 1995
Kiyoshi Furuno dan Shigeki Imoto dari Jepang, Dawa Tshering Sherpa, Pasang Sherpa, dan Nima Sherpa mencapai puncak Everest setelah melakukan pendakian melalui punggungan timur laut.
14 Mei 1995
Waldemar Niclevicz menjadi pendaki Brazil pertama yang mencapai puncak Everest.
Mei 1995
Nasuh Mahruki dari Turki menjadi pendaki muslim pertama yang mencapai puncak Everest.
20 Mei 1996
Peter Kuznetzov, Valeri Kohanov, dan Grigori Semikolenkov mencapai puncak Everest melalui jalur baru di punggungan timur laut di dinding utara Everest.
10 Mei 1996
Lene Gammelgaard menjadi pendaki wanita Denmark pertama yang mencapai puncak Everest melalui punggungan tenggara.
23 Mei 1996
Goran Kropp menjadi pendaki Swedia pertama yang mencapai puncak Everest tanpa bantuan oksigen.
26 April 1997
Asmujiono dan Misirin menjadi pendaki Indonesia pertama yang mencapai puncak Everest.
23 mei 1997
M Magendrean dan M Mohanadas menjadi pendaki Malaysia Pertama mencapai di puncak Everest
1999
Babu menjadi satu-satunya orang yang tidur di puncak Everest. Dia berada di puncak Everest selama 21 jam.
13 Mei 1999
Katja Staartjes menjadi satu-satunya pendaki wanita Belanda yang mencapai puncak Everest.
5 Mei 1999
Elsa Avila Carsolio menjadi pendaki wanita Meksiko yang pertama kali mencapai puncak Everest.
5 Mei 1999
Renata Chlumska menjadi pendaki wanita Swedia yang pertama kali mencapai puncak Everest.
17 Mei 2000
Nazir Sabir menjadi pendaki Pakistan yang berhasil mencapai puncak Everest.
2000
Davo Karnicar turun dari puncak Everest menggunakan ski.
2001
Roche Bertrand dan istrinya, Claire Bernier Roche, turun dari puncak Everest menggunakan Paralayang bersama-sama (tandem) menuju Advance Base Camp di sisi Utara Everest. Mereka melayang selama 8 menit sebelum sampai ke Advance Base Camp. Mereka adalah pasangan suami- isteri yang terbang bersama-sama dari puncak Everest.
2001
Stefan Gatt turun dari puncak Everest menggunakan papan luncur (snowboard).
2001
Marco Siffredi turun dari puncak Everest menggunakan papan luncur(snowboard) langsung ke Advance Base Camp.
2001
Erik Weihenmayer menjadi pendaki tuna-netra pertama yang mencapai puncak Everest.
22 Mei 2001
Viviana Cuq, Cristina Prieto, dan Patricia Soto menjadi pendaki-pendaki wanita Chili yang mencapai puncak Everest melalui punggungan tenggara.
2001
Karsang Tendup menjadi penggembala Yak (binatang khas Himayala, seperti kerbau) yang mencapai puncak Everest.
2001
Evelyne Binsack menjadi pendaki wanita Swiss pertama yang mencapai puncak Everest.
2003
Yuichiro Miura menjadi pendaki tertua yang mencapai puncak Everest pada usia 70 tahun. Dia mendaki ditemani anak lelakinya, Gota Miura.
2003
Gary Guller dari Amerika Serikat menjadi pendaki berlengan satu yang mencapai puncak Everest.
2003
George Dijmarescu setiap tahun mencapai puncak Everest dari sisi utara. Dia melakukannya selama 5 tahun berturut-turut.
2003
Apa Sherpa mencapai puncak Everest untuk yang ke-13 kalinya. Pada 2006, dia memegang rekor, 16 kali mencapai puncak Everest.
2003
Tim dari China melakukan siaran televisi langsung dari puncak Everest.
2003
Jess Roskelley menjadi pendaki Amerika termuda yang mencapai puncak Everest.
22 Mei 2003
Zed Al-Refai, Kuwait, menjadi pendaki Arab pertama yang mencapai puncak Everest.
23 Mei 2003
Rekor Pemba Dorjie Sherpa, 25 tahun, melakukan pendakian dari Base Camp ke puncak Everest tanpa bantuan oksigen selama 12 jam 45 menit dipatahkan oleh Lakpa Gelu Sherpa, 36 tahun, yang melakukannya dalam waktu 10 jam 56 menit dan 46 detik.
2003
Tiga bersaudara mencapai puncak Everest pada hari yang sama.
2003
Tashi Tenzing Sherpa, cucu dari Tenzing Norgay, menjadi generasi ketiga pertama dari keluarga yang mencapai puncak Everest. Tenzing Norgay, puteranya dan Tashi Tenzing Sherpa, cucunya, telah sama-sama mencapai puncak Everest.
21 Mei 2004
Pemba Dorjee Sherpa, 27 tahun, mencapai puncak Everest dari Base Camp dengan waktu yang sangat fantastis, 8 jam 10 menit. Dia mulai mendaki pada pukul 18.00 waktu setempat pada 20 Mei 2004 dan
mencapai puncak Everest pada pukul 02.10 pada 21 Mei 2004. Ia mematahkan rekor Lakpa Gelu Sherpa, 36 tahun, pada 2003.

Sunday, April 19, 2009

111 SOLO CLIMB de kinabalu 2009-2010





Pendaki Solo Negara sedang membuat perancangan untuk melakukan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah sebanyak 111 kali bagi merelisasikan impian SATU Malaysia bertemakan One Climb...! One Summit...! One Malaysia...! dijangka bermula pada 01 November 2009 hingga 10 Mac 2010.
Sebelum itu, Pendaki Solo Negara juga sedang merancang untuk membuat pendakian tangga Menara Eiffel, Paris sebanyak 111 kali selama 7 hari dijangka bermula Sepetember 2009.
Kedua-dua pendakian ini dilakukan bagi mengantikan program Le Solo Climb de Tower 2009-2010 yang terpaksa ditunda kepada tahun yang lain kerana kekurangan kos perbelanjaan yang tinggi disamping beberapa masalah taknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Pendaki Solo telah mengambil keputusan untuk membuat dua pendakian iaitu satu gunung dan satu tangga menara adalah sebagai tanda sokongan anak Malaysia yang berkonsepkan Satu Malaysia yang diperkenalkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke enam, YAB. Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kedua-dua pendakian ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang di dunia kerana idea melakukannya dibuat oleh anak Malaysia yang mengemari sukan lasak yang extream dan amat sukar dilakukan oleh orang lain sebelum ini.
Kejayaan Pendaki Solo sebelum ini membuatkan timbulnya idea untuk terus melakukan pendakian yang amat sukar dilakukan.
Keyakinan diri, mental dan fizikal yang kuat diperlukan untuk membuat pendakian pertama dunia ini dan ianya membolehkan nama Malaysia yang berkonsepkan Satu Malaysia terus dikenali seluruh dunia.
Bagi membuat kedua-dua pendakian ini, Team pendaki solo memerlukan sokongan semua pihak termasuklan pihak kerajaan dan swasta bagi menjayakan program pendakian yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini.