Monday, August 11, 2008

CABARAN SETERUSNYA DI MENARA ALOR STAR

Kejayaan dua pendakian di Menara Pelita di Kuching Sarawak dan Menara Tun Mustapha Kota Kinabalu membuatkan semangat pendaki SOLO negara, Mohd Noor Mat Amin terus membara untuk meneruskan cabaran ke menara lain sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke 51.
Program Pendakian Merdeka 2008 menyaksikan sebanyak lima menara dan bangunan bakal ditawan oleh pendaki solo sebagai menyambut cabaran masa kini sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke 51 tahun.
Menara yang terpilih ialah Menara pelita, Kuching Sarawak, Menara Tun Mustapha Kota Kinabalu, Menara Alor Star, Hotel Felda di terengganu dan yang terakhir di Menara Kuala Lumpur.
Cabaran seterusnya ialah pendakian Menara Alor Star yang akan bermula pada Sabtu ini yang menyaksikan pendakian anak tangga menara tertinggi di utara semenanjung.
Berbekalkan semangat yakin boleh, Mohd Noor yang ditemani oleh anaknya yang juga pendaki termuda negara akan membuat pendakian sebanyak 50 kali sempena sambutan 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah.
Setiap tangga menara yang didaki mempunyai kelainan yang tersendiri dan mempunyai cabaran yang berbeza kerana bentuk bangunan atau menara , keadaan simen dinding dan tangga dan sebagainya.
Itulah cabaran, tetapi semangat Malaysia Boleh terus membara untuk mencapai kejayaan.
Pendakian ini juga dilakukan bersama-sama program KL International Base Jump yang dianjurkan setiap tahun oleh Menara Kuala Lumpur.