Monday, July 6, 2009

LOGO Pendakian SOLO 1 Malaysia




Sunday, July 5, 2009

PenSOLO jadi tetamu Radio 24


Pendaki Solo telah dijemput sebagai tetamu rancangan YO Radio 24 pada 1 Julai lalu membincangkan bagaimana penSOLO berjaya melakukan pendakian mencipta rekod bagi memberi perangsang kepada golongan muda seluruh negara.

Rancangan selama 45 minit itu dihoskan oleh Dj Nazira Noran.

Foto menunjukkan PenSOLO bersama Dj Nazira Noran (kiri) dan Husna (kanan) selepas berakhirnya rancangan kira-kira jam 2 petang di Wisma bernama.

Friday, July 3, 2009

Latihan GUNUNG TEBU Terengganu

video

1 Pendakian... 1 Kemuncak... 1 Malaysia

Pendaki Solo akan meneruskan cabaran negara dengan melakukan Pendakian Solo 1 Malaysia 2009-2010 bagi mengantikan cabaran Le Solo Climb De Tower yang terpaksa ditangguh ekoran kerana masalah teknikal dan perbelanjaan yang terlalu besar.
Pendakian Solo 1 Malaysia yang berasaskan kepada 1 Pendakian... 1 Kemuncak... 1 Malaysia mempunyai dua fasa iaitu pendakian sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari ke puncak Gunung Kinabalu bermula pada 1 Disember 2009 hingga 21 Mac 2010 dan pendakian tangga Menara Kuala Lumpur juga sebanyak 111 kali dalam tempoh 168 jam bermula 1 hingga 57 Mei 2010.
Sehingga hari ini, Team Pendaki Solo masih mencari penaja dan sokongan bagi menjayakan kedua-dua fasa pendakian yang pertama di dunia dan ianya bakal diiktirafkan oleh Guinness World Records yang berpusat di London.
Adalah menjadi harapan, agar Pendakian Solo 1 Malaysia ini menjadi realiti bagi mewakili seluruh rakyat Malaysia bagi mencipta 2 rekod dunia di dual lokasi di dalam negara.
Pendaki Solo juga kini giat menjalani latihan seperti mendaki gunung, tangga dan juga renang di sekitar semenanjung bagi menguatkan otot-otot dan menstabilkan stamina sebelum tiba hari cabaran sebenar nanti.
Sehingga hari ini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim telah memberikan komitmen untuk memberi segala bantuan dalam cabaran yang dilakukan oleh pendaki solo.