Saturday, August 30, 2008

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN SIJIL MALAYSIA BOOK RECORD
















Friday, August 29, 2008

BERAKHIRNYA PENDAKIAN MERDEKA 2008

Pendakian Merdeka 2008 yang dilakukan oleh pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin bersama pendaki termuda negara Muhammad Syahrulnizam telah berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu melakukan aktiviti sukan lasak yang baru diperkenalkan mencapai iaitu pendakian tangga menara atau bangunan tinggi kearah gaya hidup sihat.

Pendakian ini dilakukan sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara ke 51 tahun yang mana Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yb. Dato’ Ismail Sabri Yaacob menjadi penanung program yang dijalankan selama sebulan bermula 1 ogos lalu.

Atas kegigihan pendaki solo yang mendapat sokongan sepenuhnya oleh pihak Menara Kuala Lumpur yang menganjurkan KL International Base Jump telah memberi ruang kepada kepada Pendakian Merdeka 2008 dilakukan di tempat dan masa yang sama.

Walaupun kesukaran untuk mendapatkan penaja, ianya tidak mematahkan semangat program Pendakian Merdeka 2008 kerana ianya merupakan simbolik sambutan kemerdekaan negara yang ke 51 tahun.

Program Pendakian Merdeka 2008 telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Menara Kuala Lumpur bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Menara Alor Star, Yayasan Sabah, Sarawak Incorperated, Felda Residence Kuala Terengganu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Dalam program ini, pihak Malaysia Book Record telah mengiktiraf sebagai pendaki tangga pertama berjaya melakukan pendakian tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti yang dilakukan pada 27 hingga 28 Ogos lalu.

Semua maklumat dan rekod dalam pendakian tanpa henti selama 24 jam mendaki tangga Menara Kuala Lumpur itu juga akan dihantar ke Guinnes Worlds Record untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pendaki tangga pertama di dunia Berjaya melakukannya.

Sementara itu, penganjur juga sedang berurusan dengan Malaysia Book Of Record bagi mendapatkan pengiktirafan Pendakian Merdeka 2008 sebagai pendaki tangga pertama mendaki menara dan bangunan hotel terbanyak dan pendaki termuda terbanyak mendaki tangga menara dan bangunan hotel di Malaysia.

Dalam Pendakian tangga Menara Kuala Lumpur tanpa tanpa henti selama 24 jam, pendaki solo mula mendaki pada 27 Ogos mulai jam 12 tengahari dan telah tamat melakukannya pada 28 Ogos tepat jam 2 petang.

Pihak MBR telah menetapkan masa untuk rehat hanya 2 jam sepanjang pendakian selama 24 jam tanpa henti yang mana pendakian akan berehat selama 30 minit setiap enam jam pendakian.

Pendaki solo juga telah berjaya melakukan 20 pendakian dalam tempoh 24 jam seperti yang telah ditetapkan oleh MBR.
Tarikh dan Tempat Program

01 hingga 03 Ogos 2008 - Menara Pelita, Kuching, Sarawak - Ketinggian 86m /281ft
Mohd Noor mendaki sebanyak 51 kali pada 2-3 Ogos
Muhammad Syahrulnizam mendaki satu kali pada 2 Ogos
08 hingga 10 Ogos 2008 - Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu - Ketinggian 112m
Mohd Noor mendaki sebanyak 51 kali pada 08-10 Ogos
Muhammad Syahrulnizam mendaki dua kali pada 09 Ogos
15 hingga 17hb. Ogos 2008 - Menara Alor Setar, Kedah - Ketinggian 116.5m
Mohd Noor mendaki sebanyak 51 kali pada 16-17 Ogos
Muhammad Syahrulnizam mendaki dua kali – naik dan turun pada 16 Ogos
22 hingga 24hb. Ogos 2008 - Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu - Ketinggian 19 tingkat
Mohd Noor mendaki sebanyak 51 kali pada 23-24 Ogos
Muhammad Syahrulnizam mendaki dua kali pada 23 Ogos
27 hingga 28 Ogos 2008 - Menara Kuala Lumpur - Ketinggian 421m
(Pendakian tangga Menara Kuala Lumpur tanpa henti selama 24 jam hanya dilakukan oleh pendaki solo yang memulakan pendakian jam 12 tengahari pada 27 Ogos dan tamat pada jam 2 petang 28 Ogos)

Print Article Email Article

Features Desk The StarPublication Date: 27-08-2008
Touted as the youngest tower climber in Malaysia, four-year-old Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor is training hard to set another record by climbing the 325 metre-high Eiffel Tower in Paris five times this December in the spirit of Merdeka.
His father Mohd Noor Mat Amin, a senior photographer with a Malay daily, is closely guiding his son and will be accompanying the little boy to France.
Muhd Syahrulnizam carved his name in the Malaysia Book of Records this year when he became the youngest climber to go up KL Tower in Kuala Lumpur on June 6.
The father-and-son team are expected to leave for France in November for a two-week training stint in Paris before tackling the Eiffel Tower.
'Well, he has been attending quite difficult training sessions and has shown no signs of quitting,' Mr Mohd Noor said here on Tuesday.
Mohd Noor, 41, said his son would be the youngest Malaysian to accomplish the overseas feat if he completes the climb.
'I am confident that my son will make it to the top and we will fly the Malaysian flag from the top of the tower,' he said.
Both Mohd Noor and his son climbed 432 steps up the newly opened 19-storey Felda Residence Hotel, here over two days on Saturday and Sunday.
They climbed the stairs, 51 times, to match the years of the nation's independence.
On Wednesday, they will go up KL Tower 51 times in their Merdeka Climb 2008 campaign.
'Both of us have the stamina to complete the climb as I make it a daily routine to climb several flights of stairs at our apartment block in Kuala Lumpur,' Mohd Noor said.
'Muhd Syahrulnizam has yet to complain of aches or cramps.'

He climbed Mt Kinabalu 50 times in 60 days

KUALA TERENGGANU, MALAYSIA: Taking life "one step at a time" is an alien concept to a man who prefers to take 51 flights of stairs at a time.
But Mohd Noor Mat Amin's punishing take on life may just get him into both the Malaysia Book of Records and the Guinness World Book of Records.
The 41-year-old athlete, who is in the midst of conducting his Pendakian Merdeka 2008 feat in conjunction with the country's 51st Independence Day celebrations, has climbed up and down the stairwells of some of Malaysia's most iconic buildings.
Mohd Noor Amin
As part of his feat, Mohd Noor has climbed the staircases of Pelita Tower in Sarawak, Tun Mustapha Tower in Sabah, Alor Star Tower in Kedah and the Felda Residence Hotel here, an astonishing 51 times each.
On Wednesday, the Terengganu-born mountain climber who was part of the successful 1997 Malaysia-Everest Expedition, will complete the fifth leg of his nationwide feat by repeatedly climbing the stairs of the Kuala Lumpur Tower, one of the world's tallest.
In addition to honouring Malaysia on its 51st national day, Mohd Noor is also hoping to set a new record for the Malaysia Book of Records for the highest number of climbs in 24 hours, as well as entering the Guiness World Book of Records for 51 counts of climbing up and down the Kuala Lumpur Tower.
Mohd Noor, who has conquered many mountains worldwide, said he became a record-setter in the Malaysia Book of Records in September last year after managing to individually climb Mount Kinabalu 50 times in 60 days.
This newfound passion for record breaking appears to run in the family, as Mohd Noor's son, Muhammad Syahrulnizam, has been bitten by the same climbing bug and accompanies his father on many of his exploits.
In fact, the four-year-old is mentioned in the Malaysia Book of Records as the youngest person to climb the staircase of the Kuala Lumpur Tower in one hour and 13 minutes.

Sunday, August 24, 2008

berakhirnya pendakian merdeka 2008 di Kuala Terengganu




KUALA TERENGGANU, 24 OGOS 2008 -- Pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin menunjukkan angka 51 setelah berjaya menghabiskan Pendakian Merdeka 2008 siri pantai timur di Felda Residence Kuala Terengganu sebanyak 51 kali yang bermula sejak pagi semalam. Beliau telah tamat pendakian kira-kira pukul 12 tengahari hari ini. Beliau berjaya membuat pendakian selama tujuh hingga 10 minit untuk menghabiskan setiap pendakian bangunan hotel setinggi 20 tingkat itu. Pendakian sebelum ini berjaya dilakukan di Menara Pelita, Kuching, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu dan Menara Alor Star Kedah. Pendakian terakhir di Menara Kuala Lumpur yang bermula pada 27 hingga 29 Ogos ini.

Saturday, August 23, 2008

pendaki SOLO berjaya mendaki 40 kali hari pertama






Pendaki SOLO, Mohd Noor Mat Amin berjaya melakukan pendakian sebanyak 40 kali pada hari pertama pendakian merdeka 2008 siri Felda Residence Kuala Terengganu hari ini. Pendakian bermula pukul 10 pagi dan tamat kira-kira 6.40 petang tadi.

Esok beliau akan memulakan pendakian pukul 8 pagi hingga selesai dan dijangkakan tamat pada tengahari.

Sementara itu pendaki termuda, Muhammad Syahrulnizam pula berjaya melakukan dua kali pendakian iaitu pada sebelah pagi selama 17 minit sementara pada sebelah petang pula berjaya mendaki dan menuruni tangga dengan masa 18 minit.

Pendaki SOLO tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang pendakian dilakukan kerana keadaan tangga yang sempurna dan pintu tingkat tangga sentiasa dibuka menyebabkan udara nyaman menyebabkan beliau terus bersemangat melakukannya.



Pelancaran pendakian di Felda Residence Kuala Terengganu 23 Ogos 2008




PENDAKIAN DI FELDA RESIDENCE KUALA TERENGGANU






KUALA TERENGGANU, 23 OGOS 2008 -- Pendaki termuda Menara Kuala Lumpur, Muhammad Syahrulnizam, 4 tahun yang ditemani oleh bapanya pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin sedang mendaki tangga Felda Residence, Kuala Terengganu dalam siri Pendakian Merdeka 2008. Beliau telah mengambil masa 17 minit bagi pendakian naik dan turun bangunan hotel tersebut semalam. Sementara itu, Mohd Noor membuat sebanyak 51 pendakian di banguan hotel ini bermula hari ini dan dijangka tamat tengahari esok. Pendakian sebelum berjaua dilakukan di Menara Pelita, Kuching, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu dan Menara Alor Star Kedah. Pendakian terakhir di Menara Kuala Lumpur yang bermula pada 27 hingga 29 Ogos ini.

Wednesday, August 20, 2008

ANAK MALAYSIA TERUS GEMILANG


Anak Malaysia terus gemilang,.... Melentur buluh biarlah dari rebung... Muhammad Syahrulnizam merupakan seorang yang cergas dan usia kanak-kanak yang telah mencipta rekod dunia dengan mendaki tangga Menara Kuala Lumpur pada Jun 2008 dan kini melakar sajarah dengan mendaki sebanyak empat bangunan menara iaitu di Menara Tun Mustapha Sabah, Menara Pelita Sarawak, Menara Alor Star Kedah dan bangunan Hotel Felda Residence Terengganu.

Pendakian yang dilakukan bersama pendaki SOLO negara bagi simbolik sambutan Kemerdekaan negara yang ke 51 tahun... Malaysia Boleh..!

Tuesday, August 19, 2008

Anak Terengganu Yang Gagah

Selepas mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu secara solo sebanyak 50 kali pada tahun lalu, jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin, 41, semalam berjaya mencipta satu lagi rekod baru iaitu mendaki Menara Tun Mustapha di sini sebanyak 51 kali.Pendakian kira-kira 600 anak tangga Menara Tun Mustapha setinggi 30 tingkat berjaya dihabiskan dalam tempoh dua hari walaupun mengikut perancangan awal ia akan dilakukan dalam tiga hari.Mohd. Noor memulakan pendakian pada pukul 3 petang Jumaat dan berjaya melakukan 11 kali pendakian pada hari tersebut sebelum menyambung 40 kali lagi pendakian mulai pukul 10.15 pagi semalam sebelum tamat pada pukul 6 petang. Menurutnya, pendakian itu adalah bagi menyempurnakan projek Pendakian Merdeka 2008 yang bermula di Menara Pelita Kuching pada 2 Ogos dan berakhir di Menara Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.

Monday, August 18, 2008

PENDAKIAN MERDEKA 2008


KANAK-KANAK EMPAT TAHUN LAKAR SEJARAH

KOSMO 18 OGOS 2008
ALOR STAR - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor berjaya melakar sejarah sebagai pendaki tangga paling muda Menara Alor Star di sini sempena acara Terjunan Bebas Antarabangsa Menara Alor Star semalam.
Pendakian setinggi seratus meter itu mengambil masa selama 40 minit sebelum kanak-kanak tersebut disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Kedah, Mohamad Radzhi Salleh di garisan penamat.
Menurut Mohamad Radzhi, rekod pendakian Muhammad Syahrulnizam bukan setakat melakarkan sejarah tetapi telah meniupkan semangat kepada golongan belia untuk sama-sama melakukan sesuatu yang dapat mengharumkan nama individu dan negara.
"Saya harap kejayaan kanak-kanak ini akan menjadi perangsang kepada belia kita untuk mencipta nama sekaligus dapat mengharumkan nama negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada Muhammad Syahrulnizam yang merupakan anak kepada jurugambar Kumpulan Utusan, Mohd. Noor Mat Amin.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! sepanjang acara terjunan bebas itu mendapati, acara dua hari yang akan melabuhkan tirai hari ini berjaya menarik lebih 1,000 penonton.
Rata-rata penonton yang hadir terutamanya golongan remaja ternyata tertarik dengan aktiviti tersebut memandangkan aktiviti tersebut sangat mencabar dan sukar dilakukan.
Selain itu, antara acara yang disediakan untuk pengunjung terutamanya remaja ialah futsal, senamrobik dan pengembaraan fantastik.

Saturday, August 16, 2008

Pendaki termuda tawan menara Alor Star

ALOR STAR: Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 4, muncul sebagai pendaki termuda menawan Menara Alor Star sempena berlangsungnya acara Terjun Bebas Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KLTIJM) 2008 di sini hari ini. Muhammad Syahrulnizam mula mendaki anak tangga menara pada pukul 9.58 pagi dan menamatkan pendakian kira-kira 40 minit kemudian ditemani ayahnya Mohd Noor Mat Amin yang juga pencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu secara solo sebanyak 50 kali pada tahun lalu. Mohd Noor berkata anaknya sudah mula mengikutnya mendaki menara sejak ia berusia 3 tahun lagi. “Dia selalu ikut saya berlatih mendaki dan sebelum memulakan cabaran, saya akan pastikan dia sihat dan membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita.
Nama kanak-kanak itu tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Pendaki Menara Termuda selepas berjaya mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur (KL) dalam tempoh satu jam 13 minit. Mohd Noor juga berjaya mencipta rekod mendaki Menara Alor Star sebanyak 50 kali sempena sambutan perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah baru-baru ini. - Bernama

Youngest tower climber conquers Alor Star tower

ALOR STAR, (16 Ogos, 2008) : Youngest Tower Climber, four-year-old Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor made another success today when he completed the climb at the Alor Star Tower here in 40 minutes.The climb at the Alor Star Tower was held in conjunction with the 2008 Kuala Lumpur Tower International Jump.Muhammad Syahrulnizam began his climb of the Alor Star Tower at 9.58am, accompanied by his father, Mohd Noor Mat Amin, who climbed Mount Kinabalu 50 times last year.The boy has earned a placed in the Malaysia Book of records as being the Youngest Tower Climber for his feat in completing the climb of the 2,058 stairs of the Kuala Lumpur Tower (KL Tower) in one hour and 13 minutes.Mohd Noor, when met by reporters today, said his son followed him on his training since he was three years old."I'll send him for check-up to ensure that he is fit and healthy before allowing him to climb," he added.Mohd Noor also made a record for climbing the Alor Star Tower 50 times in conjunction with the golden jubilee celebration to commemorate the 50-year reign of the Kedah Sultan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah recently. -- BERNAMA

PENDAKIAN HARI KEDUA MENARA ALOR STAR






Pemegang Rekod Pendaki Termuda Tangga Negara, Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 4 tahun berjaya melakukan pendakian di Menara Alor Star semalam. Beliau hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai di puncak menara tersebut.

Muhammad Syahrulnizam mendaki tangga bersama seorang penerjun Base, Nik Khairul Fahmi, 31 (memegang payung terjun) mula mendaki pukul 10.30 pagi dan tiba di puncak Menara pukul 10.45 pagi.

Sebelum ini beliau telah mendaki tangga di menara Pelita, Sarawak dan Menara Tun Mustapha dalam misi Pendakian Merdeka 2008 bersama bapanya yang melakukan pendakian sebanyak 51 kali setiap menara sepanjang bulan Ogos ini sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51 tahun.
Pada masa yang sama, acara terjun base oleh penerjun pengalaman negara dalam Kuala Lumpur International Base Jump yang dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur.
Pada sebelah petang, Muhammad Syahrulnizam turut turun dengan tangga merupakan kelainan dilakukannya sebeb sebelum ini beliau hanya naik tangga sahaja. Beliau yang ditemani bapanya hanya mengambil masa 10 minit saha untuk sampai di bawah.
Sementara itu, Pendaki Solo, Mohd Noor Mat Amin berjaya melakukan sebanyak 39 pendakian pada hari kedua dan akan menghabiskan 11 pendakian pada sebelah pagi esok (Ahad). Semalam beliau telah memulakan pendakian sebanyak 10 kali mendaki tangga Menara Alor Star dalam tempoh 2 jam 26 minit.
Pendakian menara Alor Star merupakan siri ke tiga pendakian selepas Menara Pelita dan Menara Tun Mustapha dan minggu depan pendakian siri ke empat di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu sebelum menamatkan pendakian Merdeka 2008 yang terakhir di Menara Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Ogos ini.

Friday, August 15, 2008

FOTO PENDAKIAN HARI PERTAMA MENARA ALOR STAR







PENDAKIAN MENARA ALOR STAR BERMULA





ALOR STAR, 15 Ogos 2008 -- Pendaki Solo Negara yang juga jurugambar Utusan Malaysia, Mohd Noor Mat Amin memulakan pendakian tangga di Menara Alor Star semalam bagi melengkapkan Pendakian Merdeka 2008.
Beliau memulakan pendakian pukul 4 petang dan tamat pukul 6.26 petang dengan membuat 10 pendakian untuk hari ini dan akan disambung keesokkan harinya untuk menghabiskan sebanyak 40 pendakian.
Sebelum ini beliau telah berjaya melakukan pendakian sebanyak 51 kali di tangga Menara Pelita di Kuching dan Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu.
Minggu depan siri pendakian di Hotel Felda Residence di Kuala Terengganu sebelum memulakan cabaran yang paling extreme di Menara Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Ogos ini yang mana beliau akan memecahkan rekod lamanya sebanyak 30 kali pendakian.
Dalam percubaan itu beliau akan melakukan pendakian tangga sebanyak 51 kali selama 54 jam tanpa henti untuk di masukkan ke dalam Guinnes World Records sebagai pendaki tangga paling banyak mendaki tanga menara tertinggi dalam tempoh tersebut.



Thursday, August 14, 2008

LOKASI PENDAKIAN MERDEKA 2008

01 hingga 03 Ogos 2008
Menara Pelita, Kuching, Sarawak
Ketinggian 86m /281ft - 546 anak tangga - 21 tingkat

08 hingga 10hb.Ogos 2008
Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah
Ketinggian 112m - 600 anak tangga - 30 tingkat

15 hingga 17hb. Ogos 2008
Menara Alor Setar, Kedah
Ketinggian 116.5m - lebih 800 anak tangga

22 hingga 24hb. Ogos 2008
Felda Residence Kuala Terengganu
Ketinggian 20 tingkat 530 anak tangga

27 hingga 29 Ogos 2008
Menara Kuala Lumpur
Ketinggian 421 meter - 2,085 anak tangga

Pendakian sebanyak 51 kali Menara Kuala Lumpur selain sebagai simbolik sambutan kemerdekaan negara ke 51 tahun, pendaki SOLO juga akan memecahkan rekodnya sendiri yang dilakukan sebanyak 30 kali pada Februari lalu untuk di masukkan ke dalam Guinnes Books Of Records sebagai pendaki tangga terbanyak mendaki tangga menara setinggi 421 meter dalam tempoh 36 jam di dunia.
Sementara itu, Muhammad Syahrulnizam pula akan menaiki ke semua tangga menara yang dinaiki oleh pendaki solo sebagai perintis kepada kanak-kanak lain di negara ini. Beliau hanya naik sekali atau dua kali sahaja bagi memberi semangat kepada generasi muda akan datang dengan berbekalkan semangat Malaysia Boleh..!
Bagi pendaki SOLO pendakian paling mencabar ialah di Menara Kuala Lumpur kerana pendakian untuk memecahkan rekod demi negara yang tercinta.
Pihak Menara Kuala Lumpur yang diketua oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Zulkifli Mohamad bersama kakitangannya paling banyak membantu usaha pendaki solo dan pendaki termuda negara dalam usaha mencipta nama untuk negara bagi membuka mata dunia.
Pada masa yang sama ketika pendaki solo dan pendaki termuda negara melakukan pendakian tangga, Menara Kuala Lumpur juga menganjurkan Kuala Lumpur International Base Jump di lokasi-lokasi tersebut kecuali di Terengganu.
Kerjasama sepenuhnya yang diberikan oleh pihak Menara Kuala Lumpur itu telah memudahkan usaha Pendakian Merdeka 2008 yang dilakukan walaupun tidak mendapat sebarang penajaan atau sumbangan daripada mana-mana pihak sehingga hari ini.... sedihkan....
Depa tak tau kot.... ini rekod dunia... mcm rekod olimpik juga....
Pendaki solo bersama team terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menjayakan program Pendakian Merdeka 2008 yang dilakukan oleh anak Malaysia sendiri di negara sendiri bagi memertabatkan dan menjenamakan pendakian tangga ke arah gaya hidup sihat kepada seluruh dunia khususnya Malaysia.
Menteri Belia dan Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaacob menjadi penaung dalam Pendakian Merdeka 2008. Sementara semua menara dan hotel yang bterpilih itu telah memberi kerjasama dengan membenarkan pendakian tangga ini dilakukan oleh pendaki solo dan pendaki termuda dunia dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja.
Selepas mencapai kejayaan itu nanti, pendaki Solo telah merancang untuk terus memperkenalkan pendakian tangga ke seluruh dunia disamping memperkenalkan sukan lasak baru sebagai produk pelancungan dari Malaysia ke seluruh dunia... mcm angan-angan mat jenin aje tuuu....
Pendakian tangga seterusnya ialah pendakian 50 kali Menara Eiffel dijangka pada Disember ini sempena menyambut ulangtahun hubungan perdagangan Malaysia - Peranchis 50 tahun... itu pun jika mendapat penajaan.... mana mau cari duit lagi looo.... dah kering, program sebelum ini pun mana ada penajaan, cuma hanya mendapat bantuan terlalu sedikit daripada kerajaan.
Yooooo................ esok pi alor stak... mau panjat menara alor star ..Malaysia Boleh.... solo memang boleh.....arol lagi boleh....

Tuesday, August 12, 2008

Pendaki solo Menara Tun Mustapha kunjungi Datuk Bandar K. Kinabalu
KOTA KINABALU 11 Ogos - Jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin yang berjaya menamatkan cabaran pendakian solo Menara Tun Mustapha, kelmarin mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim hari ini.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merupakan antara penaja utama Mohd. Noor, 41, ketika beliau mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu secara solo sebanyak 50 kali pada tahun lalu.
Dalam pertemuan itu Iliyas berkata, DBKK akan memberikan sokongan dan menjalinkan kerjasama secara berterusan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh kedua-dua pihak.
''Kita berharap kerjasama ini diteruskan pada masa akan datang kerana kita mahu menjadikannya contoh terbaik kepada masyarakat.
''Kita mahu menunjukkan kepada semua pihak bahawa rakyat Malaysia sememangnya memiliki semangat jati diri tinggi dan mampu mencipta kejayaan membanggakan seperti yang dilakukan pendaki kita," katanya.
Turut hadir ialah Penasihat KL Tower International BASE Jump 2008, Wan Ahmad Lotfi Wan Ibrahim.
Selepas mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu 50 kali tahun lalu, Mohd. Noor mencipta rekod baru menerusi pendakian solo Menara Tun Mustapha.
Kali ini dia berjaya mendaki kira-kira 600 anak tangga Menara Tun Mustapha setinggi 30 tingkat sebanyak 51 kali.
Pendakian sempena 51 tahun kemerdekaan negara itu dijadualkan selama tiga hari tetapi beliau berjaya menamatkan pendakian itu dalam tempoh dua hari.
Mohd. Noor berkata, kejayaan pendakian ini adalah hasil sokongan padu semua pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan dan DBKK.
''Saya mengucapkan terima kasih kepada DBKK kerana banyak membantu dalam pelbagai aspek sejak pendakian solo Gunung Kinabalu pada tahun lalu," katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat tersebut.
Sebelum ini, beliau berjaya mendaki Menara Kuala Lumpur sebanyak 30 kali dalam tempoh tiga hari sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 pada Ogos tahun lalu.
Pendakian seterusnya ialah di Menara Alor Star, Kedah dan Hotel Felda, Terengganu sebelum kemuncaknya di Menara Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini. - Utusan Malaysia 11Ogos 2008

Monday, August 11, 2008

CABARAN SETERUSNYA DI MENARA ALOR STAR

Kejayaan dua pendakian di Menara Pelita di Kuching Sarawak dan Menara Tun Mustapha Kota Kinabalu membuatkan semangat pendaki SOLO negara, Mohd Noor Mat Amin terus membara untuk meneruskan cabaran ke menara lain sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke 51.
Program Pendakian Merdeka 2008 menyaksikan sebanyak lima menara dan bangunan bakal ditawan oleh pendaki solo sebagai menyambut cabaran masa kini sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke 51 tahun.
Menara yang terpilih ialah Menara pelita, Kuching Sarawak, Menara Tun Mustapha Kota Kinabalu, Menara Alor Star, Hotel Felda di terengganu dan yang terakhir di Menara Kuala Lumpur.
Cabaran seterusnya ialah pendakian Menara Alor Star yang akan bermula pada Sabtu ini yang menyaksikan pendakian anak tangga menara tertinggi di utara semenanjung.
Berbekalkan semangat yakin boleh, Mohd Noor yang ditemani oleh anaknya yang juga pendaki termuda negara akan membuat pendakian sebanyak 50 kali sempena sambutan 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah.
Setiap tangga menara yang didaki mempunyai kelainan yang tersendiri dan mempunyai cabaran yang berbeza kerana bentuk bangunan atau menara , keadaan simen dinding dan tangga dan sebagainya.
Itulah cabaran, tetapi semangat Malaysia Boleh terus membara untuk mencapai kejayaan.
Pendakian ini juga dilakukan bersama-sama program KL International Base Jump yang dianjurkan setiap tahun oleh Menara Kuala Lumpur.

DATUK MAYOR DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENDAKI SOLO






Pendaki SOLO negara Mohd Noor Mat Amin dan anaknya pendaki termuda negara Muhammad Syahrulnizam bersama tiga team Menara Kuala Lumpur mengunjungi Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim semalam untuk mengucapkan terimakasih atas kerjasama sokongan sepenuhnya kepada pendaki solo yang berjaya melakukan pendakian di menara Tun Mustapha pasa Jumaat dan Sabtu lalu.

Sementara Team Menara Kuala Lumpur juga berjaya menganjurkan KL International Base Jump di Menara Tun Mustapha.

Dalam program pendakian Merdeka 2008 yang dilakukan oleh pendaki solo, DBKK turut sama menjayakannya dengan menyediakan pengangkutan dan dua orang urusetia bagi melancarkan lagi perjalanan program. terimakasih diucapkan.

Pendaki solo turut menyampaikan buku Malaysia Book fo Records keluaran terbaru untuk simpanan DBKK dan cenderamata khas sebagai tanda ingatan.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Pengarah Perancangan DBKK, Encik Alijus.

Datuk Iliyas menyatakan kegembiraan dan bersedia memberi sokongan dan bantuan pada aktiviti sukan lasak yang bakal dilakukan oleh team pendaki solo bersama Menara Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Pertemuan singkat itu juga membuka lembaran baru kepada semua pihak untuk terus bekerjasama pada masa akan datang.