Monday, August 11, 2008

DATUK MAYOR DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENDAKI SOLO






Pendaki SOLO negara Mohd Noor Mat Amin dan anaknya pendaki termuda negara Muhammad Syahrulnizam bersama tiga team Menara Kuala Lumpur mengunjungi Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim semalam untuk mengucapkan terimakasih atas kerjasama sokongan sepenuhnya kepada pendaki solo yang berjaya melakukan pendakian di menara Tun Mustapha pasa Jumaat dan Sabtu lalu.

Sementara Team Menara Kuala Lumpur juga berjaya menganjurkan KL International Base Jump di Menara Tun Mustapha.

Dalam program pendakian Merdeka 2008 yang dilakukan oleh pendaki solo, DBKK turut sama menjayakannya dengan menyediakan pengangkutan dan dua orang urusetia bagi melancarkan lagi perjalanan program. terimakasih diucapkan.

Pendaki solo turut menyampaikan buku Malaysia Book fo Records keluaran terbaru untuk simpanan DBKK dan cenderamata khas sebagai tanda ingatan.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Pengarah Perancangan DBKK, Encik Alijus.

Datuk Iliyas menyatakan kegembiraan dan bersedia memberi sokongan dan bantuan pada aktiviti sukan lasak yang bakal dilakukan oleh team pendaki solo bersama Menara Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Pertemuan singkat itu juga membuka lembaran baru kepada semua pihak untuk terus bekerjasama pada masa akan datang.