Monday, March 31, 2008

Berakhirnya Pendakian Menara Kuala Lumpur

video

TAMATNYA 30 PENDAKIAN


BERAKHIRNYA PENDAKIAN SOLO MENARA KUALA LUMPUR PADA 3 MAR 2008

TIDAK TIDUR DAKI 2,058 TANGGA


Utusan MALAYSIA 3/2/2008
MOHD. Noor Mat Amin meneruskan misi pendakian Menara Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tidak tidur selama 48 jam dan mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur – Inilah cabaran yang diharungi oleh jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin untuk misi mendaki menara itu sebanyak 50 kali yang dijadual tamat pada pukul 11.30 pagi esok.
Beliau yang dalam misi menjadi rakyat Malaysia pertama mendaki secara solo Menara Kuala Lumpur mulai semalam, sehingga malam ini berada dalam keadaan cergas.
Tanpa mengira penat dan ada ketikanya rasa mengantuk menghantuinya sepanjang pendakian tersebut, beliau yang mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu secara solo sebanyak 50 kali tahun lalu, tabah mengharungi situasi tersebut.
‘‘Setakat ini, segalanya berjalan lancar dan lebih melegakan kerana saya tidak mengalami kecederaan di lutut dan tumit.
‘‘Selain itu saya tidak berasa mengantuk sangat meskipun hampir tidak tidur langsung kerana tidak sabar untuk menghabiskan misi pendakian ini,’’ katanya semasa berehat selepas menamatkan pusingan kedua pendakian di sini hari ini.
Sehingga pukul 12 tengah malam ini, Mohd. Noor berjaya mendaki sebanyak 25 kali dengan purata masa rehat antara lima minit hingga setengah jam setiap pusingan.
Selepas pusingan kedua ujarnya, beliau terpaksa memperlahankan pendakian daripada 35 minit kepada 40 minit untuk sampai ke puncak.
Menurutnya, ia bertujuan untuk mengekalkan kecergasan dan mengelak daripada keletihan dan mudah ditimpa kecederaan.
‘‘Saya bimbang jika lutut dan tumit cedera. Situasi ini pernah saya alami sewaktu mendaki Gunung Kinabalu hingga menyebabkan pendakian saya terjejas.
‘‘Saya yakin dapat menamatkan pendakian 50 kali pagi esok,’’ ujarnya.
Sejak Mohd. Noor memulakan pendakian pada pukul 9.31 pagi semalam, beliau telah dipantau oleh dua paramedik yang bertugas sepanjang tempoh 24 jam.
Beliau berkata, paramedik akan mengurut kedua-dua belah kakinya setiap kali menamatkan satu pendakian.
Jika berjaya menamatkan pendakian nama Mohd. Noor akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Saturday, March 29, 2008

MOHD NOOR DAKI 30 KALI 3 HARI


Mohd. Noor daki Menara KL 30 kali KUALA LUMPUR 3 Feb. - Jurufoto Kumpulan Utusan, Mohd. Noor Mat Amin hari ini muncul individu pertama berjaya mendaki Menara Kuala Lumpur secara solo 30 kali dalam tempoh tiga hari. Beliau menamatkan pendakian melalui tangga kecemasan menara itu kira-kira pukul 10 malam ini kerana mengalami masalah lutut dan bengkak ibu jari kanan selepas memulakan cabaran Pendakian Solo 50 Menara Kuala Lumpur pada pagi Jumaat lalu. Bagaimanapun, pencapaian itu sudah cukup untuk membolehkan nama Mohd. Noor tersenarai buat kali kedua dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya mendaki Gunung Kinabalu 50 kali tahun lalu. Sijil pengiktirafan MBOR telah diserahkan oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Malayu (M) Bhd. (Kumpulan Utusan), Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin kepada Mohd. Noor tengah hari ini sempena majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2008. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif TM Ventures, Khairussaleh Ramli. Walaupun tersasar daripada misi untuk mendaki 50 kali, Mohd. Noor yang pernah menyertai Projek Malaysia Everest 1997 berkata, beliau bangga kerana dapat mencipta satu rekod untuk dipecahkan oleh pendaki lain. ''Pendakian 50 kali itu satu sasaran kerana tidak pernah ada cubaan sedemikian sebelum ini. ''Jadi kita tidak tahu berapa lama yang diperlukan untuk membuat catatan sedemikian,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menceritakan cabaran yang dihadapi sepanjang tiga hari itu, Mohd. Noor berkata, ia amat berbeza dengan apa yang dihadapi sewaktu mendaki Gunung Everest atau Kinabalu. ''Di Menara Kuala Lumpur, saya hanya melihat dinding simen manakala suhunya panas berbanding mendaki di gunung dengan udara segar dan pemandangan menarik,'' katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, pihaknya kini dalam perancangan awal untuk membawa Mohd. Noor mendaki Menara Eiffel di Perancis. Katanya, hubungan baik antara Menara Kuala Lumpur dan Menara Eiffel melalui keanggotaan Persekutuan Menara Tertinggi Dunia (WFGT) akan dimanfaatkan untuk merealisasikan perancangan itu. ''Pendakian itu dijangka menjadi salah satu daya penarik program memperkenalkan Malaysia di negara tersebut,'' katanya.


MOHD NOOR MULAKAN PENDAKIAN SOLO MENARA KUALA LUMPUR




01-02-2008 05:41:47 PM (mstar.com)




KUALA LUMPUR: Selepas mencipta rekod "Pendakian Solo 50 Puncak Gunung Kinabalu Merdeka" pada 10 Julai hingga 10 September lepas, Mohd Noor Amin kini berhasrat mencipta rekod baru iaitu Pendakian Solo 50 Menara Kuala Lumpur. Pendaki Gunung Everest 1997 yang berusia 41 tahun itu meluahkan rasa terima kasih kepada Menara Kuala Lumpur kerana sudi menjadi penganjur walaupun di saat akhir dan sentiasa memberi sokongan moral kepadanya. "Saya berharap supaya rekod ini dapat melakarkan satu lagi sejarah di menara itu," katanya sebelum memulakan pendakian yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Mohamad, Jumaat. Jurufoto akhbar Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad itu akan mendaki 2,580 anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 50 kali dalam masa tiga. Mohd Noor memulakan pendakian pada pukul 9.31 pagi dan tamat pusingan pertama pada pukul 10.24 pagi. Terdahulu, Zulkifli ketika berucap berkata acara itu diadakan bersempena dengan "KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2008" yang akan berlangsung Ahad ini. "Kami telah menganjurkan sebanyak tujuh kali acara seperti ini dan bagi tahun ini kami ubah sedikit untuk memberi kelainan iaitu peserta akan memulakan larian di kawasan hutan sebelum mendaki anak tangga," katanya. Setakat ini, Menara Kuala Lumpur menerima permohonan penyertaan 1,341 orang peserta dari seluruh dunia termasuk Thailand, Kenya, Morocco, Singapura dan Jepun. "Saya berharap rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk terus mencipta rekod di dalam negara dengan menyertai cabaran lasak untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan di negara kita," katanya. Menara Kuala Lumpur turut mengadakan pelbagai program bagi memeriahkan program pendakian itu. Zulkifli berkata setakat hari ini, Menara Kuala Lumpur menerima 9.85 juta pengunjung dan hadiah menarik menanti pengunjung ke 10 juta iaitu pakej percutian ke Paris untuk dua orang. BERNAMA

Wednesday, March 19, 2008

PENDAKIAN TANGGA KL TOWER

Mohd Noor panjat Menara KL 50 kali dalam tiga hari
01-02-2008 05:41:47 PM

KUALA LUMPUR: Selepas mencipta rekod "Pendakian Solo 50 Puncak Gunung Kinabalu Merdeka" pada 10 Julai hingga 10 September lepas, Mohd Noor Amin kini berhasrat mencipta rekod baru iaitu Pendakian Solo 50 Menara Kuala Lumpur.
Pendaki Gunung Everest 1997 yang berusia 41 tahun itu meluahkan rasa terima kasih kepada Menara Kuala Lumpur kerana sudi menjadi penganjur walaupun di saat akhir dan sentiasa memberi sokongan moral kepadanya.
"Saya berharap supaya rekod ini dapat melakarkan satu lagi sejarah di menara itu," katanya sebelum memulakan pendakian yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Mohamad, Jumaat.
Jurufoto akhbar Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad itu akan mendaki 2,580 anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 50 kali dalam masa tiga.
Mohd Noor memulakan pendakian pada pukul 9.31 pagi dan tamat pusingan pertama pada pukul 10.24 pagi.
Terdahulu, Zulkifli ketika berucap berkata acara itu diadakan bersempena dengan "KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2008" yang akan berlangsung Ahad ini.
"Kami telah menganjurkan sebanyak tujuh kali acara seperti ini dan bagi tahun ini kami ubah sedikit untuk memberi kelainan iaitu peserta akan memulakan larian di kawasan hutan sebelum mendaki anak tangga," katanya.
Setakat ini, Menara Kuala Lumpur menerima permohonan penyertaan 1,341 orang peserta dari seluruh dunia termasuk Thailand, Kenya, Morocco, Singapura dan Jepun.
"Saya berharap rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk terus mencipta rekod di dalam negara dengan menyertai cabaran lasak untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan di negara kita," katanya.
Menara Kuala Lumpur turut mengadakan pelbagai program bagi memeriahkan program pendakian itu.
Zulkifli berkata setakat hari ini, Menara Kuala Lumpur menerima 9.85 juta pengunjung dan hadiah menarik menanti pengunjung ke 10 juta iaitu pakej percutian ke Paris untuk dua orang. BERNAMA