Utusan MALAYSIA 3/2/2008
MOHD. Noor Mat Amin meneruskan misi pendakian Menara Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tidak tidur selama 48 jam dan mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur – Inilah cabaran yang diharungi oleh jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin untuk misi mendaki menara itu sebanyak 50 kali yang dijadual tamat pada pukul 11.30 pagi esok.
Beliau yang dalam misi menjadi rakyat Malaysia pertama mendaki secara solo Menara Kuala Lumpur mulai semalam, sehingga malam ini berada dalam keadaan cergas.
Tanpa mengira penat dan ada ketikanya rasa mengantuk menghantuinya sepanjang pendakian tersebut, beliau yang mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu secara solo sebanyak 50 kali tahun lalu, tabah mengharungi situasi tersebut.
‘‘Setakat ini, segalanya berjalan lancar dan lebih melegakan kerana saya tidak mengalami kecederaan di lutut dan tumit.
‘‘Selain itu saya tidak berasa mengantuk sangat meskipun hampir tidak tidur langsung kerana tidak sabar untuk menghabiskan misi pendakian ini,’’ katanya semasa berehat selepas menamatkan pusingan kedua pendakian di sini hari ini.
Sehingga pukul 12 tengah malam ini, Mohd. Noor berjaya mendaki sebanyak 25 kali dengan purata masa rehat antara lima minit hingga setengah jam setiap pusingan.
Selepas pusingan kedua ujarnya, beliau terpaksa memperlahankan pendakian daripada 35 minit kepada 40 minit untuk sampai ke puncak.
Menurutnya, ia bertujuan untuk mengekalkan kecergasan dan mengelak daripada keletihan dan mudah ditimpa kecederaan.
‘‘Saya bimbang jika lutut dan tumit cedera. Situasi ini pernah saya alami sewaktu mendaki Gunung Kinabalu hingga menyebabkan pendakian saya terjejas.
‘‘Saya yakin dapat menamatkan pendakian 50 kali pagi esok,’’ ujarnya.
Sejak Mohd. Noor memulakan pendakian pada pukul 9.31 pagi semalam, beliau telah dipantau oleh dua paramedik yang bertugas sepanjang tempoh 24 jam.
Beliau berkata, paramedik akan mengurut kedua-dua belah kakinya setiap kali menamatkan satu pendakian.
Jika berjaya menamatkan pendakian nama Mohd. Noor akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.