Saturday, August 16, 2008

PENDAKIAN HARI KEDUA MENARA ALOR STAR






Pemegang Rekod Pendaki Termuda Tangga Negara, Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 4 tahun berjaya melakukan pendakian di Menara Alor Star semalam. Beliau hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai di puncak menara tersebut.

Muhammad Syahrulnizam mendaki tangga bersama seorang penerjun Base, Nik Khairul Fahmi, 31 (memegang payung terjun) mula mendaki pukul 10.30 pagi dan tiba di puncak Menara pukul 10.45 pagi.

Sebelum ini beliau telah mendaki tangga di menara Pelita, Sarawak dan Menara Tun Mustapha dalam misi Pendakian Merdeka 2008 bersama bapanya yang melakukan pendakian sebanyak 51 kali setiap menara sepanjang bulan Ogos ini sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51 tahun.
Pada masa yang sama, acara terjun base oleh penerjun pengalaman negara dalam Kuala Lumpur International Base Jump yang dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur.
Pada sebelah petang, Muhammad Syahrulnizam turut turun dengan tangga merupakan kelainan dilakukannya sebeb sebelum ini beliau hanya naik tangga sahaja. Beliau yang ditemani bapanya hanya mengambil masa 10 minit saha untuk sampai di bawah.
Sementara itu, Pendaki Solo, Mohd Noor Mat Amin berjaya melakukan sebanyak 39 pendakian pada hari kedua dan akan menghabiskan 11 pendakian pada sebelah pagi esok (Ahad). Semalam beliau telah memulakan pendakian sebanyak 10 kali mendaki tangga Menara Alor Star dalam tempoh 2 jam 26 minit.
Pendakian menara Alor Star merupakan siri ke tiga pendakian selepas Menara Pelita dan Menara Tun Mustapha dan minggu depan pendakian siri ke empat di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu sebelum menamatkan pendakian Merdeka 2008 yang terakhir di Menara Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Ogos ini.