Pendaki SOLO, Mohd Noor Mat Amin berjaya melakukan pendakian sebanyak 40 kali pada hari pertama pendakian merdeka 2008 siri Felda Residence Kuala Terengganu hari ini. Pendakian bermula pukul 10 pagi dan tamat kira-kira 6.40 petang tadi.
Esok beliau akan memulakan pendakian pukul 8 pagi hingga selesai dan dijangkakan tamat pada tengahari.
Sementara itu pendaki termuda, Muhammad Syahrulnizam pula berjaya melakukan dua kali pendakian iaitu pada sebelah pagi selama 17 minit sementara pada sebelah petang pula berjaya mendaki dan menuruni tangga dengan masa 18 minit.
Pendaki SOLO tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang pendakian dilakukan kerana keadaan tangga yang sempurna dan pintu tingkat tangga sentiasa dibuka menyebabkan udara nyaman menyebabkan beliau terus bersemangat melakukannya.