ALOR STAR: Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 4, muncul sebagai pendaki termuda menawan Menara Alor Star sempena berlangsungnya acara Terjun Bebas Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KLTIJM) 2008 di sini hari ini. Muhammad Syahrulnizam mula mendaki anak tangga menara pada pukul 9.58 pagi dan menamatkan pendakian kira-kira 40 minit kemudian ditemani ayahnya Mohd Noor Mat Amin yang juga pencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu secara solo sebanyak 50 kali pada tahun lalu. Mohd Noor berkata anaknya sudah mula mengikutnya mendaki menara sejak ia berusia 3 tahun lagi. “Dia selalu ikut saya berlatih mendaki dan sebelum memulakan cabaran, saya akan pastikan dia sihat dan membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita.
Nama kanak-kanak itu tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Pendaki Menara Termuda selepas berjaya mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur (KL) dalam tempoh satu jam 13 minit. Mohd Noor juga berjaya mencipta rekod mendaki Menara Alor Star sebanyak 50 kali sempena sambutan perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah baru-baru ini. - Bernama