ALOR STAR - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor berjaya melakar sejarah sebagai pendaki tangga paling muda Menara Alor Star di sini sempena acara Terjunan Bebas Antarabangsa Menara Alor Star semalam.
Pendakian setinggi seratus meter itu mengambil masa selama 40 minit sebelum kanak-kanak tersebut disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Kedah, Mohamad Radzhi Salleh di garisan penamat.
Menurut Mohamad Radzhi, rekod pendakian Muhammad Syahrulnizam bukan setakat melakarkan sejarah tetapi telah meniupkan semangat kepada golongan belia untuk sama-sama melakukan sesuatu yang dapat mengharumkan nama individu dan negara.
"Saya harap kejayaan kanak-kanak ini akan menjadi perangsang kepada belia kita untuk mencipta nama sekaligus dapat mengharumkan nama negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada Muhammad Syahrulnizam yang merupakan anak kepada jurugambar Kumpulan Utusan, Mohd. Noor Mat Amin.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! sepanjang acara terjunan bebas itu mendapati, acara dua hari yang akan melabuhkan tirai hari ini berjaya menarik lebih 1,000 penonton.
Rata-rata penonton yang hadir terutamanya golongan remaja ternyata tertarik dengan aktiviti tersebut memandangkan aktiviti tersebut sangat mencabar dan sukar dilakukan.
Selain itu, antara acara yang disediakan untuk pengunjung terutamanya remaja ialah futsal, senamrobik dan pengembaraan fantastik.