Pendakian Merdeka 2008 yang dilakukan oleh pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin bersama pendaki termuda negara Muhammad Syahrulnizam telah berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu melakukan aktiviti sukan lasak yang baru diperkenalkan mencapai iaitu pendakian tangga menara atau bangunan tinggi kearah gaya hidup sihat.
Pendakian ini dilakukan sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara ke 51 tahun yang mana Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yb. Dato’ Ismail Sabri Yaacob menjadi penanung program yang dijalankan selama sebulan bermula 1 ogos lalu.
Atas kegigihan pendaki solo yang mendapat sokongan sepenuhnya oleh pihak Menara Kuala Lumpur yang menganjurkan KL International Base Jump telah memberi ruang kepada kepada Pendakian Merdeka 2008 dilakukan di tempat dan masa yang sama.
Walaupun kesukaran untuk mendapatkan penaja, ianya tidak mematahkan semangat program Pendakian Merdeka 2008 kerana ianya merupakan simbolik sambutan kemerdekaan negara yang ke 51 tahun.
Program Pendakian Merdeka 2008 telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Menara Kuala Lumpur bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Menara Alor Star, Yayasan Sabah, Sarawak Incorperated, Felda Residence Kuala Terengganu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Dalam program ini, pihak Malaysia Book Record telah mengiktiraf sebagai pendaki tangga pertama berjaya melakukan pendakian tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti yang dilakukan pada 27 hingga 28 Ogos lalu.
Semua maklumat dan rekod dalam pendakian tanpa henti selama 24 jam mendaki tangga Menara Kuala Lumpur itu juga akan dihantar ke Guinnes Worlds Record untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pendaki tangga pertama di dunia Berjaya melakukannya.
Sementara itu, penganjur juga sedang berurusan dengan Malaysia Book Of Record bagi mendapatkan pengiktirafan Pendakian Merdeka 2008 sebagai pendaki tangga pertama mendaki menara dan bangunan hotel terbanyak dan pendaki termuda terbanyak mendaki tangga menara dan bangunan hotel di Malaysia.
Dalam Pendakian tangga Menara Kuala Lumpur tanpa tanpa henti selama 24 jam, pendaki solo mula mendaki pada 27 Ogos mulai jam 12 tengahari dan telah tamat melakukannya pada 28 Ogos tepat jam 2 petang.
Pihak MBR telah menetapkan masa untuk rehat hanya 2 jam sepanjang pendakian selama 24 jam tanpa henti yang mana pendakian akan berehat selama 30 minit setiap enam jam pendakian.
Pendaki solo juga telah berjaya melakukan 20 pendakian dalam tempoh 24 jam seperti yang telah ditetapkan oleh MBR.
Tarikh dan Tempat Program
01 hingga 03 Ogos 2008 - Menara Pelita, Kuching, Sarawak - Ketinggian 86m /281ft
Mohd Noor mendaki sebanyak 51 kali pada 2-3 Ogos
Muhammad Syahrulnizam mendaki satu kali pada 2 Ogos
08 hingga 10 Ogos 2008 - Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu - Ketinggian 112m
Mohd Noor mendaki sebanyak 51 kali pada 08-10 Ogos
Muhammad Syahrulnizam mendaki dua kali pada 09 Ogos
15 hingga 17hb. Ogos 2008 - Menara Alor Setar, Kedah - Ketinggian 116.5m
Mohd Noor mendaki sebanyak 51 kali pada 16-17 Ogos
Muhammad Syahrulnizam mendaki dua kali – naik dan turun pada 16 Ogos
22 hingga 24hb. Ogos 2008 - Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu - Ketinggian 19 tingkat
Mohd Noor mendaki sebanyak 51 kali pada 23-24 Ogos
Muhammad Syahrulnizam mendaki dua kali pada 23 Ogos
27 hingga 28 Ogos 2008 - Menara Kuala Lumpur - Ketinggian 421m
(Pendakian tangga Menara Kuala Lumpur tanpa henti selama 24 jam hanya dilakukan oleh pendaki solo yang memulakan pendakian jam 12 tengahari pada 27 Ogos dan tamat pada jam 2 petang 28 Ogos)