SYAHRULNIZAM SEDIH "MISI EVEREST" DI TUNDA LAGI
Pendaki muda negara, Muhammad Syahrulnizam sedih kerana Misi Everest terpaksa di tunda lagi kerana kekurangan dana untuk membiayai segala perbelanjaan termasuklah pembayaran kepada agensi pengurusan Nepal, permit pendakian, pembelian peralatan dan pakaian khas dan kos latihan. |
Menjalani latihan teknikal di sekitar puncak Yalla Peaks, Langtang, Nepal |
Muhammad Syahrulnizam merupakan pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menjalani latihan sejak tahun 2022 dan sepatutnya Misi Everest pada tahun 2024 tetapi terpaksa di tunda ke tahun ini (2025) untuk merealisasikan impian remaja Malaysia berdiri megah di puncak Everest.
Pelbagai usaha dilakukan oleh team untuk mendapatkan dana bagi menampung kos, namun begitu, usaha yang dilakukan masih gagal mendapat tempat daripada agensi kerajaan dan syarikat korporat di negara ini.
Kegagalan untuk mendapatkan penajaan dan sokongan membuatkan Misi Everest terpaksa di tunda lagi kepada tahun depan (2026). Adalah menjadi harapan agar mana-mana pihak boleh membantu bagi menjayakan impian belia negara yang ingin mencipta nama atas nama 'Saya Rakyat Malaysia' boleh sebaris dengan para pendaki profesional dunia.
Walaupun terpaksa di tunda, beliau tetap menjalani latihan kecergasan (fizikal dan mental) bagi memastikan berada dalam keadaan yang bersedia untuk menggalas cabaran atas nama Malaysia nanti.
Sebelum ini, semua kos ditanggung sendiri dan juga daripada keluarga, tetapi untuk meneruskan latihan latihan teknikal climbing ice di Banjaran Himalaya yang dijangka pada Ogos ini di sekitar Gunung Island Peaks, Solukhumbu, Nepal bersama Sherpa merangkap jurulatih teknikal untuk pendakian gunung ais dan berpengalaman luas di Gunung Everest.
Untuk pengetahuan, Muhammad Syahrulnizam merupakan pemegang rekod yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBoR) sebagai pendaki tanggi termuda negara selepas berjalya mendaki sebanyah 2,05 anak tangga di Menara Kuala Lumpur ketika usia tiga tahun 11 bulan pada Jun 2008.
Selepas itu, masuk umur empat tahun, beliau berjaya berdiri megah di puncak Gunung Kinabalu. Selepas itu beliau aktif dalam sukan lasak dalam pendakian di dalam dan luar negeri termasuklah hingga ke puncak Yalla Peaks di Langtang, Nepal.
Misi Everest ini dikendali sepenuhnya oleh Jejak Pensolo dengan sokongan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM dan Pertubuhan Nadi Sihat.
Kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu walaupun sedikit, pihak kami amat berbesar hati dan amat menghargai sumbangan daripada anda semua. setiap sumbangan ini digunakan seratus peratus untuk Misi Everest 2026.
Jika anda ingin menyumbang untuk sama-sama menjayakan Misi Everest 2026 tekan saja link ini, TEKAN SINI UNTUK SUMBANG