Saturday, May 31, 2008

PENDAKIAN TERMUDA MENARA KUALA LUMPUR

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri akan melepaskan pendakian termuda Menara Kuala Lumpur yang akan dilakukan oleh adik Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor pada 6 Jun ini bermula pukul 10 pagi.
Selepas itu, beliau juga akan menyambut adik Muhammad Syahrulnizam di paras Mega View iaitu penamat pendakian termuda dan seterusnya menandatangani sijil pengiktirafan sijil The Malaysia Book Of Records sebelum diserahkan kepada pendaki termuda Menara Kuala Lumpur 2008.
Pendakian ini juga dianjurkan sempena menyambut ulangtahun Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2008.
Kejayaan pendakian itu nanti bakal direkodkan ke dalam The Gunnies World Record yang mana penganjur akan menghantar semua butiran untuk mendapatkan pengiktirafan dunia sebagai pendaki Menara termuda dunia.

Saturday, May 17, 2008

KINABALU BERMAIN DI BIBIR

Muhammad Syarulnizam Mohd Nor yang baru berusia empat tahun kini giat menjalani latihan untuk menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Wartawan, NOOR HASLIZA NUSI melaporkan.

Laporan disiarkan
Akhbar KOSMO
17 MEI 2008





PENCAPAIAN Mohd Akmal Sudin Mohd Ghazali, tiga tahun empat bulan dan Muhammad Amiruel Isohod, empat tahun dua bulan, menawan puncak Gunung Kinabalu lima tahun lalu, cukup membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Kejayaan kanak-kanak ini menawan puncak tertinggi di Asia kemudiannya dinobatkan sebagai Kanak-kanak Termuda Menawan Puncak Gunung Kinabalu, turut dicatat dalam Malaysia Book of Record (MBOR).
Berdasarkan rekod MBOR, Amiruel berjaya menawan puncak gunung selang sehari selepas Mohd Akmal sampai ke puncak, pada 28 Mei 2003.
Sejarah yang tercipta itu telah memberi inspirasi kepada generasi seusia mereka untuk terus mencipta rekod yang sama menawan puncak gunung setinggi 4, 095.2 meter itu.
Bakal mengikut jejak langkah mereka ialah Muhammad Syarulnizam Mohd Nor, 4 tahun.
GUNUNG Kinabalu menjadi salah satu gunung yang menjadi impian ramai pendaki untuk menerokanya.
"Walaupun masih tidak mengerti apa yang diinginkannya, namun dia telah meletakkan impian dalam memulakan kehidupan penuh bermakna pada zaman kanak-kanak.
"Percaya atau tidak, sejak usianya mencecah tiga tahun, perkataan Gunung Kinabalu seringkali bermain di bibirnya, tanpa ada sesiapa yang memberitahunya," kata bapa Muhammad Syarulnizam, Mohd Noor Amin.
Malah menurut bapanya, Arol sering melahirkan harapannya agar suatu hari dapat mendaki Gunung Kinabalu.
"Bestnya...Arol nak naik Gunung Kinabalu, tempat papa pergi," kata Arol.
Keinginan Arol untuk menawan puncak gunung tersebut membuatkan kedua-dua ibu bapanya memilih destinasi itu sebagai misi Eksplorasi Gunung Kinabalu 2008 pada pertengahan Jun ini.
"Saya dan isteri menemaninya melakukan latihan naik tangga di kediaman kami. Kemudian, Arol memutuskan untuk mengikutnya melakukan latihan sebanyak tiga pusingan menaiki anak tangga apartmen dengan ketinggian 10 tingkat,'' ujar Mohd Noor yang merupakan pendaki solo pertama yang berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu sebanyak 50 kali dan disenarai dalam MBOR, pada tahun lalu.
Seperti kanak-kanak seusianya, Muhammad Syarulnizam atau lebih mesra dengan panggilan Arol seorang kanak-kanak yang aktif. Kanak-kanak dengan ketinggian 94 sentimeter ini juga gemar bermain permainan miniatur seperti bas atau kereta.
"Arol juga gemar menonton rancangan berkonsepkan aktiviti lasak seperti sukan pemotoran, perlumbaan kereta, pendakian dan sesi penjelajahan.
Arol berkongsi minat bersama bapanya, bakat anak kelahiran Jertih, terengganu ini dikesan ketika dia berusia dua tahun.
Adakah dengan menggalakkan Arol mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu satu keputusan yang betul?
"Sebagai seorang bapa merangkap jurulatihnya, saya mempunyai peranan penting dalam membangkitkan semangat anak dengan keazaman yang tinggi, walaupun dia masih kecil. Dengan melatih dan memberi kata perangsang, Alhamdullillah, dia tidak pernah merasa jemu.
SESI latihan mendaki tangga di apartmen ibu bapanya.
"Kesanggupan Arol mendaki Gunung Tebu di Terengganu pada Januari lalu membuktikan dia begitu yakin dengan misi yang akan dikecapinya itu nanti.
"Ini bukan suatu kerja gila dan saya tidak pernah memaksa atau mengikut apa yang telah saya lakukan selama ini. Malah saya dan isteri turut berkongsi kegembiraan dengan segala usaha dan impian yang dia inginkan," tegas Mohd Noor. Arol juga turut mendapat sokongan daripada ibunya, Rosmawati Mohd, 28.
Selain membuat latihan kecergasan seperti mendaki, memanjat anak tangga dan ketuk-ketampi. Arol turut diberi pendedahan menerusi aktiviti berenang setiap dua kali seminggu. Ia bertujuan untuk mengimbangi degupan jantung dan paru-paru ketika berada di puncak gunung.
Bagaimana dengan pemakanan Arol? Katanya, beliau tidak sesekali mengehadkan jadual pemakanan anaknya, tetapi masih mengamalkan pemakanan yang sihat dengan menikmati bijirin dan susu setiap pagi.
Tambah Mohd Nor lagi, misi pendakian itu nanti bukan sahaja akan mencatatkan sejarah dalam diari kehidupan anaknya, malah mereka akan menyambut hari lahir Arol yang keempat di puncak gunung.
Beliau yakin Arol mempunyai keyakinan dan kesungguhan dalam menjayakan misi pendakian itu nanti.
Mohd. Nor juga meletakkan harapan agar kejayaan Arol akan dijadikan contoh kepada golongan belia masa kini. Misi Eksplorasi Gunung Kinabalu 2008 adalah anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kelab Rekreasi Kota dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (DBKK).
Sebarang tajaan atau sumbangan bagi menjayakan misi Eksplorasi Gunung Kinabalu 2008 amatlah dialu-alukan. Maklumat lanjut, hubungi sekretariat Kelab Rekreasi Kota di talian 03-9284 0619 atau emel kepada rekreasikota@yahoo.com.

Wednesday, May 7, 2008

Program KRK dan penSOLO TERKINI

Program Cabaran Lasak yang akan dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kota dan Team Pendaki SOLO sepanjang tahun 2008 - 2009.

Antaranya ialah:

Feb 2008 - Pendakian Solo 50 Menara Kuala Lumpur

Mei 2008 - Solo Menara Kuala Lumpur

6 Jun 2008 - Pendakian Termuda di Menara Kuala Lumpur
11-15 Jun 2008 - Explorasi Kinabalu 2008

Ogos 2008 - Pendakian 51 Merdeka 2008

Okt 2008 - 30 Kinabalu 2008 (Le Solo Climb De Tower 2008-2009)

Nov 2008 - Training Le Solo Climb De Tower 2008-2009)

Dis 2008 - Starting at Eiffel Tower, Paris dalam Le Solo Climb De Tower 2008-2009)
(Segala perubahan akan dimaklumkan kemudian)