Saturday, May 31, 2008

PENDAKIAN TERMUDA MENARA KUALA LUMPUR

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri akan melepaskan pendakian termuda Menara Kuala Lumpur yang akan dilakukan oleh adik Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor pada 6 Jun ini bermula pukul 10 pagi.
Selepas itu, beliau juga akan menyambut adik Muhammad Syahrulnizam di paras Mega View iaitu penamat pendakian termuda dan seterusnya menandatangani sijil pengiktirafan sijil The Malaysia Book Of Records sebelum diserahkan kepada pendaki termuda Menara Kuala Lumpur 2008.
Pendakian ini juga dianjurkan sempena menyambut ulangtahun Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2008.
Kejayaan pendakian itu nanti bakal direkodkan ke dalam The Gunnies World Record yang mana penganjur akan menghantar semua butiran untuk mendapatkan pengiktirafan dunia sebagai pendaki Menara termuda dunia.