Wednesday, July 30, 2008

BIODATA PENDAKI SOLO

Mohd Noor Mat Amin merupakan anak kelahiran Negeri Terengganu yang bertugas sebagai jurufoto akhbar Utusan Malaysia sejak September 1993. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Selepas itu, Mohd Noor telah mengikuti kursus fotografi pada tahun 1987 di Pusat Latihan Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Baru, Selangor (kini Institut Kemahiran Belia Negara Peretak) selama setahun.
Setelah tamat kursus fotografi, beliau telah bertugas sebagai jurugambar sambilan di akhbar Berita Harian (1988-1989) dan berkhidmat di Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) sebagai jurugambar. Bagi memenuhi impian dan cita-cita, Mohd Noor telah menyertai akhbar Utusan Malaysia sebagai jurugambar bermula pada tahun 1993 sehingga sekarang.

Beliau aktif dalam kegiatan lasak sejak berada dibangku sekolah lagi seperti menyertai Persatuan Pengakap, menyertai kursus Ilmu Ikhtiar Hidup di sekitar Gunung Putung Asap, Perak (1994), XPDC Pacuan Empat Roda Genting Kijal (1994), First Asian Cross Country Rally (Malaysia-Thai-Laos pada tahun 1995), JAMBOREE 4WD (1995).

Oleh kerana aktif dalam sukan lasak, beliau terpilih mewakili Utusan Malaysia Dalam Projek Malaysia-Everest ‘97. Beliau mengikuti latihan mendaki gunung salji di Himalaya, Khullu-Manali di utara India, Ekspedisi Pra Everest ke Gunung Chaukhamba II, di utara India dan ekspedisi (1996) dan seterusnya menyertai Ekspedisi Projek Malaysia-Everest ‘97 bermula Mac hingga Jun 1997.

Beliau menjadi jurufoto pertama di dunia yang berjaya memproses filem warna secara manual pada paras kertinggian 17,500 kaki daripada paras laut iaitu ketika berada di Everest Base.

Turut mengakui ialah ketua ekspedisi Britain yang membuat ekspedisi setiap tahun sejak 10 tahun yang lalu, mereka amat terkejut dan kagum sekali apabila mendapati ada anak Malaysia yang berjaya melakukannya dengan baik walaupun peralatan tidak mencukupi.

Kegigihan sebagai jurufoto profesional di akhbar telah membuatkan Mohd Noor turut ditugaskan untuk membuat liputan di tempat bencana seperti Tsunami pada Disember 2004, kebakaran hutan di Riau, Indonesia pada Ogos 2005, Asian Para Games Manila Disember 2005.

Terkini ialah membuat liputan gempa bumi di Jogjakarta, bencana Gunung Merapi dan liputan pembebasan Ketua JI Indonesia di Bandar Solo hampir sebulan pada Mei hingga Jun 2006.

Sepanjang menjadi jurufoto profesional, beliau juga pernah memenangi beberapa pertandingan fotografi termasuklah mendapat hadiah saguhati pertandingan fotografi golf terbuka Malaysia pada tahun 1994 dan1995, menerima Anugerah Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1997. Anugerah Penulis Berita dan Rencana Bahasa Malaysia terbaik tahun 1997 (Institut Akhbar Malaysia), Memperolehi tempat ketiga dalam Pertandingan Fotografi Sukan Komanwel 98 dan Presiden Kelab Rekreasi Kota.

Pada 10 Julai hingga 10 September 2007, Mohd Noor Mat Amin telah Berjaya mencipta rekod sebagai pendaki pertama di dunia dan diiktiraf di dalam The Malaysia Book Of Records dengan mendaki sebanyak 50 kali Gunung Kinabalu secara solo selama 60 hari dalam program Pendakian Solo 50 puncak Kinabalu 2007sempena sambutan kemerdekaan Negara yang ke 50 tahun.

Pada 1-3 Februari 2008, Mohd Noor juga mencipta rekod dunia dengan membuat pendakian sebanyak 30 kali menara Kuala Lumpur dalam tempoh 3 hari. Ianya juga mendapat pengiktirafan di The Malaysia Book Of Records.

Pada 6 Jun 2008, anak Mohd Noor iaitu adik Muhammad Syahrulnizam pula Berjaya melakar sejarah apabila Berjaya menjadi pendaki tangga menara termuda di dunia selepas Berjaya mendaki tangga Menara Kuala Lumpur selama satu jam 13 minit dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Record.

Sebahagian gunung yang pernah didaki:
Gunung Kinabalu , Gunung Tahan, Gunung Ledang, Gunung Chamah Ulu Sepat
Gunung Angsi, Gunung Tebu, Gunung Nuang, Gunung Datuk, Gunung Kala Pattar, Gunung Chaukhamba 11 India, Kullu Manali India, Everest Base Camp

Pengalaman dalam penerbitan buku:
Menerbitkan buku JEJAK KE PUNCAK, Projek Malaysia-Everest ‘97 pada tahun 2001.
Menerbitkan buku Puncak Gemilang sempena Sukma Negeri Sembilan 2004.
Menerbitkan cakera padat Interatif Puncak Gemilang tahun 2005
Menerbitkan buku Summit Conquest 2006
Menerbitkan buku Puncak Gemilang 2006