RENCANA UTAMA - Kosmo 19/07/08
Hari jadi di atas awan
Oleh ZAKI AMIRUDDIN
Pendaki kecil, Arol, menyambut ulang tahun kelahirannya yang keempat di puncak Gunung Kinabalu, 13 Jun lalu.
WAJAH antara pendaki termuda gunung tertinggi di Asia Tenggara.
MELIHAT kelibat si kecil ini saja sudah mengundang rasa kagum. Apatah lagi menyaksikan Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, empat tahun, melonjak riang di atas puncak tertinggi di Asia Tenggara. Dia berjaya melakukannya pada Eksplorasi Kinabalu 2008, pada 13 Jun lepas.
Sebenarnya, kekaguman saya bermula sejak awal Jun lagi. Saya sungguh bangga kerana Muhammad Syahrulnizam, yang manja dipanggil Arol, berjaya menjadi pendaki tangga termuda di dunia.
Namanya telah dicatat di dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas berjaya mendaki tangga Menara Kuala Lumpur setinggi 421 meter pada 6 Jun.
Justeru pelawaan pendaki solo, Mohd Noor Amin yang juga bapa Arol, supaya saya menyertai Eksplorasi Kinabalu itu sukar ditolak.
AROL sudah mula menyebut Gunung Kinabalu sejak usia tiga tahun.
Walaupun saya ialah ahli Kelab Rekreasi Kota (KRK), yang antara aktivitinya ialah mendaki gunung, inilah kali pertama saya berpeluang mendaki Gunung Kinabalu. Eksplorasi itu dianjurkan oleh KRK dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
Lima tahun lalu, Mohd Akmal Sudin Mohd Ghazali, tiga tahun empat bulan dan Muhammad Amiruel Isohod, empat tahun dua bulan, menawan puncak Gunung Kinabalu. Kejayaan itu membolehkan mereka dinobatkan MBOR sebagai Kanak-kanak Termuda Menawan Puncak Gunung Kinabalu.
Berdasarkan rekod MBOR, Amiruel berjaya menawan puncak gunung itu selang sehari selepas Mohd Akmal sampai ke puncak pada 28 Mei 2003.
Dan Jun lalu, Arol mengikut jejak langkah mereka menawan puncak gunung setinggi 4,095 meter itu.
Seramai 10 orang menyertai Eksplorasi Kinabalu 2008 ini, sebahagian besarnya menetap di Lembah Klang. Kami tiba di Kota Kinabalu pada 11 Jun dan sempat membeli makanan dan peralatan mendaki di sebuah pasar raya di bandar ini. Kami bertolak ke Kinabalu Park di Kundasang pada pukul 3 petang.
TIDAK ramai orang yang bertuah dapat meraikan ulang tahun kelahiran di puncak gunung.
Perjalanan ini mengambil masa selama tiga jam. Di sana, kami menginap di Grace Hostel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makan malam di pekan Kundasang, kira-kira tujuh kilometer dari tempat kami menginap.
Selepas makan, kami menikmati kehangatan unggun api di Grace Hostel. Dapat juga menghilangkan rasa sejuk yang mula menggigit kulit.
Esoknya, seawal pukul 6 pagi kami telah bersiap sedia untuk memulakan pendakian. Keletah Arol yang tiba-tiba menangis sewaktu dikejutkan bapanya membuatkan kami ketawa. Rupa-rupanya dia kesejukan, jadi susah untuk si kecil itu bangun pagi.
Perjalanan ke Laban Rata memerlukan masa selama tujuh jam. Dan seperti diduga, Arol dan bapanya, Mohd Noor, mendahului peserta lain. Pantas saja kaki kecil itu melangkah, dan sesekali melompat untuk melepasi halangan.
Saya sebaliknya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar, dan selebihnya berjalan santai bagi menikmati keindahan alam di sepanjang laluan itu.
KESUNGGUHAN Arol menimbulkan rasa kagum para peserta lain.
Pelbagai flora dan fauna yang mengagumkan terdapat di pergunungan ini. Kami tidak menghadapi banyak masalah sepanjang pendakian kerana hanya perlu menyusuri laluan yang sedia ada.
Kami tiba di Laban Rata pukul 6 petang. Mohd Noor memaklumkan kami perlu berehat sebelum memulakan perjalanan seawal pukul 3 pagi nanti.
Kami bangun pada pukul 1.30 pagi dengan suhu pada waktu itu ialah 15 darjah Celsius. Benar, suhu dingin sekali hingga menusuk ke tulang.
Selepas mandi air panas, kumpulan kami memulakan perjalanan dalam keadaan yang gelap gelita dan hanya berbekalkan lampu suluh sebagai penunjuk arah.
Arol awal-awal lagi telah siap dengan pakaian sejuk seperti anak orang Eskimo. Jurupandu arah yang memang dikhususkan untuk menjaganya juga kelihatan sangat gembira. Lelaki itu sempat bergurau dengan kami, membuatkan semangat untuk terus mendaki kian memuncak.
Arol ialah orang yang paling bersemangat dalam perjalanan ini. Disebabkan suasana masih gelap, jurupandu arah mendukung Arol bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
PESERTA Eksplorasi Kinabalu 2008.
Namun apabila sampai di kawasan yang agak rata, Arol mahu bergerak sendiri. Ini membuatkan peserta lain teruja dan sering terhibur dengan keletahnya yang manja dengan semua orang.
Ramai juga pendaki tempatan dan luar negara yang mengambil kesempatan bergambar dengan Arol. Keletah Arol langsung tidak menunjukkan dia takut atau gentar untuk menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu.
Percaya atau tidak, sebenarnya sejak usianya mencecah tiga tahun, perkataan Gunung Kinabalu seringkali bermain di bibir Arol, tanpa ada sesiapa yang memberitahunya. Cerita bapanya, Mohd Noor Amin, Arol sering melahirkan harapannya agar suatu hari dia dapat mendaki Gunung Kinabalu.
Sebagai persediaan, Arol melakukan latihan naik tangga di kediaman keluarganya di Kuala Lumpur.
"Kemudian, Arol mengikut saya melakukan latihan sebanyak tiga pusingan menaiki anak tangga apartmen 10 tingkat kami," ujar Mohd Nor yang merupakan pendaki solo pertama yang berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu sebanyak 50 kali dan disenarai dalam MBOR, pada tahun lalu.
MOHD NOOR AMIN menunjukkan peta laluan ke puncak Gunung Kinabalu kepada anaknya Arol.
Seperti kanak-kanak seusianya, Arol seorang yang aktif. Kanak-kanak dengan ketinggian 94 sentimeter ini juga gemar bermain permainan miniatur seperti bas atau kereta.
"Arol juga gemar menonton rancangan berkonsepkan aktiviti lasak seperti sukan pemotoran, lumba kereta, pendakian dan sesi penjelajahan," kata Mohd Noor.
Kami merupakan kumpulan terakhir yang tiba di puncak Kinabalu. Pemandangan di atas awan itu sangat indah. Terasa nikmatnya bagaikan tidak terhingga. Kami semua menarik nafas lega kerana akhirnya dapat juga menjejakkan di situ.
Tanpa membuang masa, kami terus membuka kek yang dibawa dari Kota Kinabalu bagi meraikan ulang tahun keempat Arol. Wajah riang Arol jelas terpancar. Dia sungguh seronok dapat memotong kek sambil kami menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam keadaan masih tercungap-cungap.
Usai acara yang biasanya dibuat dalam taman atau restoran itu, kami merakamkan saat-saat indah sebagai kenang-kenangan.
Selepas itu, kami memulakan perjalanan pulang dan tiba di Tempohon Gate pada pukul 6 petang.