Pendaki Solo Negara (penSOLO) akan terus melakukan cabaran mendaki tangga sebagai perintis kepada dunia iaitu Le Solo Climb De Tower 2009-2010 bermula Jun 2009 yang mana pendakian siri pertama bermula di Menara Eiffel, Paris.
pendakian sasaran ialah sebanyak 27 kali kerana sebanyak 27 menara tinggi dunia menjadi ahli dalam World Federation of Great Tower dan mendaki sebanyak 27 menara di dunia sehingga Jun 2010.
Bagi mencapai impian dan sebagai orang pertama melakukannya di dunia, pensolo akan memulakan latihan mendaki tangga bermula Disember ini.
Latihan lain yang masih dirangka termasuklah membuat pendakian ke puncak Gunung Kinabalu selama 10 hari pada awal april 2009. mendaki tangga Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu, Menara Alor Star, Bangunan Felda Residence Kuala Terengganu dan juga Menara Kuala Lumpur.
Dalam Le Solo Climb De Tower 2009-2010, pendaki termuda, Muhammad Syahrulnizam akan membuat pendakian sebanyak 10 hingga 15 menara dunia dengan mendaki sekali atau dua kali setiap menara bersama-sama pensolo sebagai pendaki termuda dunia melakukannya.