Friday, March 6, 2009

KL INTERNATIONAL FOREST TOWERTHON






MERIAH.... Itulah suasana yang terasa apabila lebih 2,000 peserta tempatan dan antarabangsa menyertai Cabaran KL Tower International Forest Towerthon 2009 yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.
Para peserta memulakan larian dari kawasan hutan berhampiran Menara Kuala Lumpur sebelum mendaki sebanyak 2,058 anak tangga menara itu pada ketinggian 382 meter dari paras laut.
Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM73,900 itu terbahagi kepada 16 kategori termasuk terbuka lelaki dan wanita, orang kurang upaya dan selebriti.
Turut sama dalam cabaran itu ialah pendaki termuda Menara Kuala lumpur, Muhammad Syahrulnizam yang telah menyerikan lagi dengan mendaki sebanyak 2,058 anak tangga dengan hanya mengambil masa 42 minit sahaja.