Anda sedang melayari blog Team PendakiSOLO, KEJAYAAN AKAN DATANG, JIKA KITA INGINKAN KEJAYAAN... cabaran EVEREST 2017 - BRANDS OF MALAYSIA bersama pendakisolo Activity CREAM maklumat lanjut layari www.pendakisolo.com
Sunday, April 19, 2009
111 SOLO CLIMB de kinabalu 2009-2010
Pendaki Solo Negara sedang membuat perancangan untuk melakukan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah sebanyak 111 kali bagi merelisasikan impian SATU Malaysia bertemakan One Climb...! One Summit...! One Malaysia...! dijangka bermula pada 01 November 2009 hingga 10 Mac 2010.
Sebelum itu, Pendaki Solo Negara juga sedang merancang untuk membuat pendakian tangga Menara Eiffel, Paris sebanyak 111 kali selama 7 hari dijangka bermula Sepetember 2009.
Kedua-dua pendakian ini dilakukan bagi mengantikan program Le Solo Climb de Tower 2009-2010 yang terpaksa ditunda kepada tahun yang lain kerana kekurangan kos perbelanjaan yang tinggi disamping beberapa masalah taknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Pendaki Solo telah mengambil keputusan untuk membuat dua pendakian iaitu satu gunung dan satu tangga menara adalah sebagai tanda sokongan anak Malaysia yang berkonsepkan Satu Malaysia yang diperkenalkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke enam, YAB. Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kedua-dua pendakian ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang di dunia kerana idea melakukannya dibuat oleh anak Malaysia yang mengemari sukan lasak yang extream dan amat sukar dilakukan oleh orang lain sebelum ini.
Kejayaan Pendaki Solo sebelum ini membuatkan timbulnya idea untuk terus melakukan pendakian yang amat sukar dilakukan.
Keyakinan diri, mental dan fizikal yang kuat diperlukan untuk membuat pendakian pertama dunia ini dan ianya membolehkan nama Malaysia yang berkonsepkan Satu Malaysia terus dikenali seluruh dunia.
Bagi membuat kedua-dua pendakian ini, Team pendaki solo memerlukan sokongan semua pihak termasuklan pihak kerajaan dan swasta bagi menjayakan program pendakian yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini.