Thursday, June 4, 2009

RAIS YATIM KAGUM PERMATA TANAHAIR




KUALA LUMPUR, 4 JUN 2009 -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim melihat buku Permata Tanahair yang diserahkan oleh Pendaki Solo, Mohd Noor Amin selepas majlis pelancaran pecah tanah Bangunan Pentadbiran Balai Seni Lukis Negara yang bernilai RM25.8 juta di sini hari ini.


Beliau amat kagum dengan cover dan kandungan buku yang mempunyai 32 halaman yang menceritakan bagaimana kejayaan seorang pendaki termuda negara, adik Muhammad Syahrulnizam yang berjaya mencipta rekod dunia dalam pendakian tangga Menara Kuala Lumpur pada 6 Jun 2008.
Tujuan Mohd Noor menyerahkan buku tersebut ialah untuk mendapat satu rancangan daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan agar buku ini menjadi salah satu bahan sebagai semangat seluruh warga malaysia bagi menjayakan impian pemimpin negara iaitu 1Malaysia.




------ lagi akan datang