Monday, October 5, 2009

GUNUNG KINABALU


   Gunung Kinabalu yang terletak di Negeri Sabah dengan ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut. Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.
      Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan bersatu padu rakyat Sabah.

  Pembentukan Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut Cina Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
   Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan dan sukar dilihat dengan mata kasar.
   Permukaan Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya.
   Pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu dihendaki mendaftar dan mendapat permit mendaki di Perjabat Taman Tinabalu. Waktu mula mendaki dibuka jam 8:30 pagi - 12:30tgh. Kebiasaannya pendaki akan mendaki melalui Timpohon Gate. Setiap Checkpoint dibina pondok untuk berehat dengan kemudahan tandas dan air.
   Timpohon Gate, Pintu masuk ini hanya 4KM dari HQ Kinabalu Park. Pendaki boleh berkenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan Kinabalu Park dengan sedikit kos dikenakan. Sebuah pondok dan pelantar dibina di pintu masuk ini.
   Carson Waterfall, 5 minit berjalan dari Timpohon Gate pendaki akan melintas air terjun ini. Air terjun ini tidak begitu gah tapi tetap mendamaikan hati.
   Pondok Kandis/ Kandis Shelter, Hampir 1KM dari Timpohon Gate. Laluan adakalanya mendatar, adakalanya mendaki. Lereng-lereng bukit telah ditarah menjadi tangga dan disokong dengan papan.
   Pondok Ubah/ Ubah Shelter, Didirikan 1.5KM dari Timpohon Gate.
   Pondok Lowi, Jarak 2KM dari Timpohon Gate.
   Pondok Mempening, Trail ke sini dari pondok sebelumnya penuh berbatu.

   STM Stesen - Helipad, Pendaki melalui berdekatan RTM Stesen, bunyi generator stesen ini jelas kedengaran. Pendaki boleh melencong ke Helipad dan melihat puncak Kinabalu jika cuaca baik.
   Layang-layang / Layang-layang Hut, Disini didirikan pondok dan asrama untuk pekerja Kinabalu Park. Berada di ketinggian 2702.3m.
    Simpang Mersilau, Ada papan tanda arah Mersilau.
   Pondok Villosa, Menghampiri pondok ini, pokok-pokok bonsai banyak dan semakin rendah disekitar trail. Kawasan pondok ini berada di puncak bukit dan terdedah dengan angin.

   Pondok Paka, Pondok ini agak tersembunyi dibalik pokok-pokok yang tinggi menjanjikan satu suasana redup buat pendaki. Trail ke sini cukup menarik, tangga-tangga berbatu dan pokok-pokok bonsai dilaluan pendaki disamping puncak Kinabalu tersergam diatas.
   Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata, Gunting Lagadan, Burlington)
   Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak berdekatan walaupun di ketinggian berbeza. Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar Laban (3314.3m) dan paling tinggi Gunting Lagadan Hut (3323.5m). Satu Restoran di bina di Laban Rata.

  Sayat-Sayat Hut, Disini diletakkan petugas merekodkan pendaki yang mendaki ke Puncak Kinabalu dan pendaki perlu melaporkan kembali apabila turun dari puncak. Bagi pendaki yang tidak mampu meneruskan pendakian boleh berehat di sini sebelum berpatah balik. Kejayaan pendaki menjejak ke puncak tertinggi juga dilaporkan disini oleh jurupandu masing-masing.
   South Peak Puncak-puncak Kinabalu, Gunung Kinabalu berdiri megah dengan beberapa puncak. Puncak tertinggi, Low's Peak (4095m) diambil sempena nama Hugh Low. Puncak-puncak lain antaranya, Alexandra Peak (4003m), St. John's Peak (4092m), Victoria Peak (4088m), Ugly Sister Peak (4032m), Donkey Ears (4054m) yang umpama telinga keldai dan South Peak (3933m) dengan keadaan struktur batu yang unik.