Sunday, October 4, 2009

PENDAKIAN SOLO 1MALAYSIA 2009-2010


PENGENALAN
    Pendakian Solo 1 Malaysia 2009-2010 merupakan susulan kejayaan Pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu pada 2007, Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur 2008, Pendakian Merdeka 2008 dan Pendakian Solo tanpa henti selama 24 jam di tangga Menara Kuala Lumpur pada tahun 2008.
    Cabaran itu nanti menyemarakkan lagi semangat seorang anak Malaysia yang mewakili seluruh rakyat negara ini untuk terus mencipta kejayaan yang lebih besar demi memertabatkan nama negara atas 1Pendakian, 1Kemuncak, 1Malaysia dengan menjadikan Malaysia sebagai lokasi pendakian pertama di dunia.
   Pendakian Solo 1 Malaysia 2009-2010 yang bermula dengan cabaran pendakian sebanyak 111 kali ke puncak Gunung Kinabalu dalam tempoh 111 hari dan cabaran kedua pendakian tangga Menara Kuala Lumpur 111 kali dalam tempoh satu minggu yang bertemakan 1Pendakian, 1Kemuncak, 1Malaysia.
    Pendakian Solo 1 Malaysia 2009-2010 yang akan dilakukan oleh pendaki solo negara menjadi perintis dengan semangat 1Malaysia bertujuan untuk membuktikan kepada dunia bahawa di Malaysia juga mempunyai lokasi yang boleh dijadikan tempat untuk mencipta dan memecahkan rekod dunia.
   Pemilihan Gunung Kinabalu dan Menara Kuala Lumpur dijadikan lokasi pendakian solo adalah kerana ianya mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan ianya tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu kecuali pendaki solo dari Malaysia sebelum ini.
   Pendaki solo negara yang berpengalaman luas dalam pendakian gunung dan tangga itu berazam untuk terus mencipta rekod dunia sebagai yang pertama di dunia dan ianya dilakukan di dalam negara sendiri atas semangat 1Malaysia sebagai mewakili seluruh rakyat negara yang berbilang kaum.
    Kejayaan Pendakian Solo 1 Malaysia 2009-2010 itu nanti akan menjadi satu titik permulaan lokasi cabaran sukan lasak atas nama 1Pendakian, 1Kemuncak, 1Malaysia, di mana ianya menunjukkan kemampuan anak Malaysia mencipta rekod dunia di dalam negara sendiri.

   Kejayaan itu juga akan menggalakkan lagi semangat untuk mencapai satu-satu kejayaan dan ianya akan menjadi satu contoh kepada seluruh rakyat negara ini khususnya golongan remaja dan belia untuk turut melakukan cabaran yang extrem di dalam negara sendiri bagi mencipta rekod yang bertaraf dunia.
   Dalam mencipta satu-satu kejayaan, kita harus berani maju kehadapan atas nama 1MALAYSIA dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang ke seluruh dunia melalui sukan lasak yang dilakukan di dalam negara sendiri sebagai yang Pertama Di Dunia dan ianya bukan sekadar hanya mengikut kejayaan yang telah di lakukan oleh orang lain sebelum ini.
   Adalah diharapkan dengan kejayaan program Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 itu akan menyuntik semangat seluruh rakyat Malaysia dalam merialisasikan impian kerajaan atas nama 1Malaysia.


Matlamat
   Memertabatkan nama Malaysia di tengah persada dunia dalam sukan lasak dan merealisasikan slogan 1Malaysia dengan menjadikan anak tempatan sendiri sebagai orang pertama di dunia yang berjaya mencipta sejarah yang diiktiraf dunia.
   Membuktikan anak Malaysia mempunyai kecekalan diri dengan merempuh pelbagai cabaran getir dan bersemangat bagi merealisasikan kejayaan dengan melakukan satu rekod bagi tujuan untuk memperkenalkan program dan cabaran lasak di Malaysia kepada dunia.
   Membuktikan kepada dunia bahawa anak Malaysia yang mewakili satu Malaysia dengan mempunyai idea yang berani untuk melakukan cabaran dengan mempunyai kekuatan fizikal dan mental dalam percubaan melakukan satu rekod pendakian Gunung Kinabalu dan juga di tangga Menara Kuala Lumpur yang julung kali diperkenalkan kepada dunia.
   Memberi kesedaran kepada semua masyarakat di Malaysia terutama generasi muda bahawa kesihatan, kecergasan diri, disiplin, kegigihan serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa adalah penting dalam mencapai kejayaan dan juga kehidupan seharian.
   Memperkenalkan kepada dunia luar bahawa Puncak Gunung Kinabalu dan tangga Menara Kuala Lumpujr yang akan menjadi titik permulaan cabaran Pendakian solo 1 Malaysia boleh dilakukan oleh sesiapa saja sama ada dari dalam mahupun luar negara dan kejayaan itu nanti membuktikan kepada dunia terdapat masyarakat Malaysia juga adalah bangsa pencipta kejayaan.
   Aktiviti pendakian solo ini akan memberi satu inspirasi yang unik kepada semua golongan terutamanya generasi muda yang memerlukan dorongan dan sokongan untuk mencapai satu-satu kejayaan nanti.
   Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu dan KL International Towerhton yang dianjurkan setiap tahun juga terkenal seluruh dunia, yang mana walaupun larian itu dilakukan hanya satu kali, ianya juga memerlukan mental dan fizikal yang kuat untuk mencapai kejayaan.
   Pendakian Solo 1 Malaysia 2009-2010 itu memerlukan mental dan fizikal yang kuat kerana ianya tidak semua orang boleh melakukan, ini kerana dengan berbekalkan semangat, kegigihan, tidak putus asa dan keyakinan diri seorang rakyat Malaysia mampu melakukannya demi 1Malaysia.

   Setiap pendakian nanti mempunyai masej yang berlainan sejajar dengan matlamat dan slogan 1Malaysia yang laung-laungkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum ini.