Thursday, July 7, 2011

TUNDA LAGI.....!!!!

Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin sekali lagi terpaksa menunda tarikh untuk melakukan pendakian tangga di Menara Kuala Lumpur untuk mencipta rekod baru dunia kepada bulan Oktober ini ekoran kekurangan dana.
Walaupun kecewa kerana terpaksamenunda sekali lagi sebelum dapat melakukan pendakian tangga dalam tempoh 24 jam tanpa henti bagi mencipta rekod baru dunia di negara sendiri setelah kegagalan untuk mendapatkan penajaan khususnya untuk membiayai wakil Guinness World Record yang berpusat di London.
Sepatutnya ia dijadualkan pada 10 Oktober 2010 sebelum ditunda kepada pada 3 Februari 2011 kemudian ditunda lagi kepada tarikh 15-16 April 2011. Oleh kerana masalah penajaan, maka pihak kelab atau penganjur menunda sekali lagi kepada 16-17 Julai 2011.
Kegagalan memperolehi penajaan sehingga kini menyebabkan penganjur terpaksa sekali lagi menunda percubaan pendaki solo negara untuk mencipta rekod baru dunia atau kejutan di negara sendiri kepada bulan Oktober ini.
Tarikh pendakian masih dalam perbincangan dengan pihak Menara Kuala Lumpur.
Kos yang tiinggi terutama untuk membiayai wakil Guinness World Record termasuk yuran sebanyak 5 ribu pounds, penerbangan kelas perniagaan sebanyak RM24 ribu (London-KL-London) lesen penggunaan logo WGR sebanyak 1,500 pounds, sijil rekod, penginapan, makan dan minum serta pengangkutan darat.
Kos keseluruhan untuk untuk membiayai wakil WGR lebih RM70 ribu sementara kos yang lain khususnya bagi merekodkan melalui video berkelajuan tinggi dan fotografi sebanyak sebanyak RM70 ribu. (sebanyak 8 kamera video dipasang disepanjang tangga dari paras bawah hingga diparas Mega View dan direkodkan melalui recorder yang diletakkan di center)
Sementara kos yang lain termasuklah latihan, event sampingan, sukarelawan, makan minum, perubatan, media, majlis pelancaran dan penutup lebih kurang RM110 ribu.
Pendaki solo berharap pihak korporat tampil untuk menjadi penaja program ini berdasarkan kepada kejayaan beliau sebelum ini unuk negara.