Muhammad Syahrulnizam MOhd Noor yang akan menyambut hari lahir ke 4 tahun giat menjalani latihan sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu yang bermula 10 hingga 15 Jun 2008.
Antara latihan yang dijalankan ialah mendaki tangga 10 tingkat 1-2 kali seminggu disamping berenang di kolam 2-3 kali seminggu.
Disamping itu juga beliau juga turut membuat penyesuaian diri dengan mendaki sekitar kawasan kaki Gunung Nuang, Gunung Tebu pada sebelah pagi.
Dalam program Explorasi Kinabalu 2008 yang dianjurkan ini adalah sempena sambutan Ulangtahun Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun ini sebagai satu tanda taat setia kkepada Yang di-Pertuan Agong dengan melakukan aktiviti sukan lasak yang penuh memberi makna kepada negara.
Selain ahli Kelab Rekreasi Kota, seorang doktor, jurupandu, Media cetak dan elektronik, Wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan wakil Taman-Taman Sabah dijangka akan turut sama menjaya program ini.
Dijangkakan seramai 25 orang akan menyertai program pendakian ini yang mana majlis potong kek ulangtahun ke 4 tahun Muhammad Syahrulnizam akan dibuat di puncak Gunung Kinabalu pada 13 Jun ini.