Explorasi Kinabalu 2008 yang akan bermula 10 hingga 15 Jun 2008 bakal melahirkan masyarakat yang berdisiplin tinggi serta bertanggungjawab dalam membina dan mempunyai semangat patriotik kepada Negara.
Pendakian itu diadakan sempena menyambut ulangtahun pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun ini.
Pendaki muda iaitu Muhammad Syahrulnizam bakal mencipta sejarah dengan menyambut ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada pada 13 Jun 2008, genap usia empat tahun.
Kejayaan yang bakal diperolehi beliau akan menjadi satu insprirasi dan boleh menjadi satu ikon kepada semua kanak-kanak serta remaja seluruh Malaysia kerana kecekalan diri dan semangat yang tinggi harus disematkan dari usia yang muda.
Explorasi Kinabalu 2008 juga bertujuan untuk memupuk semangat keberanian dan keyakinan diri serta berdikari disamping menanamkan semangat yang positif kepada semua peserta samada peserta daripada kelab Rekreasi Kota mahupun media.
Kecergasan mental dan fizikal dalam program Explorasi Kinabalu 2008 juga boleh membuatkan para peserta terus cekal menghadapi cabaran terutama ketika menghadapi masa depan yang semakin mencabar.
Program ini juga boleh menjadi contoh yang baik kepada semua golongan melalui siaran kaca televisyen dan media masa kerana untuk mencapai kejayaan kita harus berusaha gigih tanpa mengenal erti kekecewaan.
Menjadikan gunung-gunung di Malaysia sebagai salah satu destinasi menarik untuk didaki dan ianya akan terus dikenali sebagai destinasi sukan pelancongan yang terkenal dengan cabaran yang extream pada masa akan datang.