Pendakian kali kedua itu nanti bakal menyaksikan pendaki SOLO memecahkan rekodnya sendiri dan akan dimasukkan ke dalam Guinnes Worlds Record sebagai pendaki pertama di dunia yang berjaya melakukan pendakian sebanyak 50 kali dalam tempoh tiga hari di Menara Kuala Lumpur.
Urusetia pendaki SOLO telah memaklumkan kepada pihak Guinnes Worlds Record mengenai pendakian kedua ini dan mereka menunggu keputusan nanti yang mana segala maklumat seperti gambar, video keratan akhbar dan juga surat pengesahan pendakian daripada Menara Kuala Lumpur selepas pendakian dilakukan nanti.
Pendaki SOLO kini giat menjalankan latihan bagi menguatkan fizikal dan mental sebelum melakukan cabaran sebenar dengan mendaki tangga apartment setinggi 10 tingkat sebanyak lima hingga sepuluh kali sehari.
Selain latihan dijalankan pada sebelah pagi atau petang, pendakian latihan itu juga turut dilakukan pada malam yang mana setiap sessi pendakian mengambil masa 30 minit hingga dua jam, ianya bergantung kepada keadaan semasa.
Selain itu juga, pendaki SOLO juga menjalani latihan berenang dan menyelam bertujuan untuk mengekalkan stamina terutama paru-paru dan juga pernafasan.
Kini beliau telah bersedia untuk melakukan pendakian tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 50 kali, yang mana pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur sedang mencari masa yang paling sesuai untuk membolehkan pendaki SOLO melakukan pendakian nanti.
Adalah menjadi harapan semua urusetia pendaki SOLO agar pendakian kedua ini dapat dilakukan dalam tempoh yang terdekat ini.
Adalah menjadi harapan semua urusetia pendaki SOLO agar pendakian kedua ini dapat dilakukan dalam tempoh yang terdekat ini.
Pendaki SOLO yang mempunyai semangat Malaysia Boleh..!! dan mempunyai cita-cita tinggi bagi memperkasakan Malaysia dipersada dunia melalui pendakian solo pada masa akan datang.
Malaysia Boleh..!! Yakin Boleh..!! pendaki SOLO pun Boleh..!!