Sunday, July 27, 2008

BERSIAP SEDIA MELAKUKAN CABARAN


Bernama News
27 Julai, 2008 17:18 PM

Jurugambar Cuba Daki Anak Tangga Menara Pelita 51 Kali
KUCHING, 27 Julai (Bernama) -- Siri acara Terjunan Antarabangsa Menara KL Malaysia 2008 di Kuching pada 3 Ogos ini dijangka menyaksikan jurugambar akhbar Utusan Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur, Mohd Noor Mat Amin cuba memecahkan rekod mendaki anak tangga Menara Pelita di sini 51 kali.
Selain Mohd Noor, 41, anak lelakinya yang berusia empat tahun, Muhammad Syahrulnizam, akan mendaki anak tangga itu satu kali.
Kedua-dua percubaan itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records, menurut kenyataan penganjur acara Terjunan BASE Antarabangsa Menara KL Sirkit Merdeka, Ahad.
Kenyataan itu menyebut 20 penerjun tempatan dan luar negara akan menyertai acara terjunan BASE tahun ini di Sarawak, sebelum bergerak ke Sabah di Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu pada 9 Ogos, Menara Alor Star, Kedah (15-17 Ogos) dan Menara Komtar, Pulau Pinang (23-24 Ogos).Siri terjunan tahun ini dengan tema "Ultimate Test Of Courage" bertujuan mewujudkan acara antarabangsa yang unik yang bertindak sebagai platform ideal untuk negara selain negeri yang mengambil bahagian bagi melaksanakan program untuk belia ke arah mempromosikan kehidupan yang bersih.Sempena acara terjunan itu di sini, aktiviti dan promosi yang unik bagi setiap negeri akan diadakan, seperti yang berlangsung di sekitar Menara pelita, termasuk karnival belia yang akan mengetengahkan konsert oleh beberapa artis popular tanah air.-- BERNAMA