Tuesday, July 8, 2008

JEMPUTAN PELANCARAN PROGRAM JEJAK RASUL TV3

Pendaki TERMUDA Tangga Menara di dunia, Adik Muhammad Syahrulnizam bakal menjadi tetamu pada majlis pelancaran program Jejak Rasul kelolaan TV3 pada 22 Ogos 2008 yang diadakan di Sri Pentas.
Pihak TV3 telah menghubungi bapa beliau melalui telefon baru-baru ini memaklumkan hasrat untuk menjemput adik Muhammad Syahrulnizam ke majlis pelancaran itu nanti.
Adik Muhammad Syahrulnizam kini berada di kampung datuknya di Jertih, Terengganu sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk menyerikan lagi Pendakian Merdeka bersama bapanya pada Ogos nanti.
Pendakian Merdeka 2008 yang membabitkan beberapa buat menara di Malaysia dibawah naungan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Y.B. Dato Ismail Sabri Yaakob dan dianjurkan oleh Kelab rekreasi Kota bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.