Semangat Malaysia Boleh..! dan Yakin Boleh..! telah berjaya membuktikan bahawa sebahagian masyarakat di negara ini yang gemar melakukan pelbagai aktiviti sukan lasak Berjaya mengukir nama di seluruh dunia seperti pendakian Gunung Everest, Ekspedisi Kutub Utara dan Selatan, Berbasikal mengelilingi dunia, berenang menyeberangi Selat Inggeris, Pendakian Termuda Menara dan sebagainya.
Kejayaan itu telah membuka mata dunia bahawa anak Malaysia juga mampu melakukan pelbagai cabaran sukan lasak yang bertaraf dunia terutama ianya dilakukan di dalam negara sendiri.
Atas kejayaan itu, kini timbul pula cabaran sukan lasak iaitu Pendakian Merdeka 2008 yang diilhamkan oleh Pendaki Solo negara, Mohd Noor Mat Amin yang pernah mencipta rekod dengan dalam Pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu 2007 dan Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur 2008.
Pendakian Merdeka 2008 bakal menyaksikan sekurang-kurang sebanyak 5 rekod dicipta untuk dimasukkan ke dalam The Malaysia Book Of Records dan pada masa yang sama acara terjun Bebas “Base Jump dilakukan di menara-menara tersebut.
Pada dasarnya, sebanyak lima lokasi dipilih untuk melakukan cabaran ini iaitu Menara Berkembar KLCC di Kuala Lumpur, Menara Alor Setar di Kedah, Menara Komtar di Pulau Pinang, Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu, Sabah dan Menara Pelita di Kuching Sarawak.
Untuk mendaki menara atau bangunan tinggi yang terdapat di Malaysia, pendaki hendaklah bersedia dengan kekuatan fizikal dan mental sebelum melakukan pendakian yang mempunyai seribu satu cabaran.
Pendakian tangga amat berbeza jika dibandingkan dengan mendaki gunung kerana terpaksa menempuh sehingga beribu anak tangga yang dikelilingi dinding simen untuk sampai di puncak bangunan atau menara.
Oleh itu, mendaki tangga bangunan atau menara harus diketengahkan supaya ianya terus menjadi salah satu cabaran kepada masyarakat terutama generasi muda masa kini. Sukan lasak seperti ini memerlukan minat dan semangat yang tinggi bagi menguatkan fizikal serta mental seseorang.
Program ini juga menjadi perintis kepada generasi muda khususnya dikalangan belia dan remaja dan ber peluang untuk turut bersama merasai pendakian bagi memupuk minat untuk bergiat aktif dalam sukan lasak disamping melakukan aktiviti rekreasi.