Thursday, August 7, 2008

Pendakian Merdeka 2008 - Sabah

Pendaki Solo negara bersama Pendaki Cilik, Muhammad Syahrulnizam akan meneruskan pendakian di tangga Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu bermula esok selepas berjaya melakukannya di Menara Pelita minggu lepas.

Pendakian tangga yang unik sempena menyambut ulangtahun Kemerdekaan negara merupakan satu cabaran lasak yang baru diperkenalkan diperkenalkan oleh pendaki solo.

Pendakian bermula di menara Pelita, Sarawak dan berakhir di Menara Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Ogos ini.

Dalam pendakian ini sebanyak lima lokasi terpilih dilakukan oleh pendaki solo iaitu Menara pelita, Menara Tun Mustapha, Menara alor Star, Hotel Felda dan Menara Kuala Lumpur.

Semua pendakian akan disertai oleh pendaki cilik, Muhammad Syahrulnizam sebagai simbolik perpaduan negara sejak 51 tahun lalu dan ianya merupakan semangat sukan lasak untuk mencapai kejayaan bermula dari usia kanak-kanak.

Pendaki solo akan melakukan pendakian sebanyak 51 kali setiap menara yang berakhir di menara Kuala Lumpur nanti.