Friday, August 8, 2008

PENDAKI SOLO LEPASI SASARAN



Pendaki SOLO melepasi sasaran dalam pendakian Menara Tun Mustapha yang bermula pukul 3 hingga 5.35 petang hari ini.

Beliau melakukan pendakian sebanyak 11 kali iaitu sasaran jumlah pendakian yang telah ditetapkan seperti dalam perancangan sebelum ini.

Pendakian ke 11 berakhir kira-kira pukul 5.35 petang dan disambung pada keesaokan harinya yang mana pendakian bermula selepas majlis pelancaran dilakukan kira-kira pukul 10 pagi (Sabtu).

Pendaki SOLO hanya mengambil 11 hingga 15 minit untuk menghabiskan setiap pendakian Menara Tun Mustapha yang mempunyai 30 tingkat itu.

Walaupun keadaan tangga yang panas ekoran kekurangan kipas, namun begitu semangat dan mental pendaki solo tetap tidak berganjak untuk menghabiskan pendakian.

pada Sabtu ini, pendaki termuda Muhammad Syahrulnizam turut membuat sekali pendaki sebagia komitmen beliau sebagai pendaki tangga dunia yang berjaya mendaki tangga Menara Kuala Lumpur Jun lalu.

Dalam pendakian ini dua urusetia daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu turut membantu perihal perjalanan pendakian pendaki solo.

terima kasih diucapkan.