Pemegang rekod bagi pendaki tangga menara termuda di dunia, Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 4 tahun yang lebih manja dengan panggilan nama manjanya iaitu Arol telah Berjaya melakukan pendakian naik dan turun tangga sebanyak 4,730 anak tangga dalam program Pendakian Merdeka 2008 yang lalu.
Kejayaan mencatat nama sebagai Pendaki Termuda Menara Kuala Lumpur di dalam The Malaysia Book Of Records pada 6 Jun yang lalu telah menyuntik semangat Arol untuk terus mencipta nama sebagai pendaki tangga tangga termuda dengan membuat pendakian bersama bapanya pendaki solo negara Mohd Noor Mat Amin sepanjang program Pendakian Merdeka 2008.
Dalam pendakian Merdeka 2008, Arol telah berjaya membuat pendakian naik dan turun yang membabitkan tiga menara iaitu Menara Pelita di Kuching Sarawak, Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu Sabah, Menara Alor Star di Kedah dan Felda Residence di Kuala Terengganu selama hamper sebulan.
Gelagak si anak kecil ini yang sentiasa agresif dan tidak pernah mengenali erti kepenatan sepanjang program berlangsung bersama bapanya iaitu pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin telah Berjaya melakukan pendakian dengan jayanya.
Pendakian Merdeka 2008 ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kota bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Menara Alor Star, Sarawak Incoperated, Kumpulan Yayasan Sabah, Felda Residence Kuala Terengganu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bermula 1 hingga 30 Ogos yang lalu.
Pendakian ini juga dilakukan bersama acara penerjunan Base yang dianjur oleh KL Tower International Malaysia dan FUNtastic Explorace oleh Prudential BSN Takaful membuatkan ianya lebih meriah dan mejadi sebutan ramai.
Kejayaan Arol melakukan pendakian tangga itu telah menyuntik semangat semua golongan kanak-kanak khususnya para peserta FUNtastic Explorace dan penerjun base serta seluruh orang ramai yang menyaksikannya.
Bagi mereka kejayaan Arol itu amat unik dan harus menjadi ikon kepada generasi kanak-kanak seluruh negara sebagai satu perangsang untuk mencapai satu-satu kejayaan pada masa akan datang.
Pendakian pertama Arol di Menara Pelita, Kuching Sarawak yang mempunyai 546 anak tangga setinggi 86 meter bermula pada 2 Ogos yang mana beliau yang telah ditemani oleh beberapa penerjun base dan bapanya ketika membuat pendakian.
Dalam pendakian itu, Arol hanya mengambil masa 25 minit untuk sampai di tingkat 21 iaitu tingkat tertinggi dan telah disambut gembira dan tepukan meriah oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Datuk Seri William Mawan Ikom bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad dan menyampaikan pengiktirafan kepada Arol sebagai pendaki termuda Menara Pelita, Sarawak.
Selepas seminggu kejayaan di Menara Pelita, Arol terus mencuri tumpuan ramai pada siri Pendakian merdeka 200 bersama acara jelajah KL Tower International Jump di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu Sabah pada 9 Ogos.
Pendakian Arol di Menara Tun Mustapha setinggi 112 meter yang mempunyai 600 anak tangga itu telah dilepaskan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Semangat yang ditunjukkan oleh Arol dengan melakukan sebanyak dua kali pendakian iaitu sekali pada sebelah pagi dan sekali pada sebelah petang membuatkan semua pengunjung di sekitar menara itu kagum melihatnya yang sentiasa agresif itu.
Namun begitu, ada juga pengunjung bertanyakan, ‘Arol tak penat ke..’… dengan bersahaja Arol ‘tak’ sambil berlari di kawasan sekitar sambil ditemani oleh beberapa petugas Menara Kuala Lumpur dan DBKK sementara menunggu pendakian yang dilakuakan oleh bapanya berakhir.
Kejayaan membuat pendakian sebanyak 1,200 anak tangga itu telah membuatkan Arol terus bersemangat untuk terus mencipta rekod dengan mengiringi bapanya membuat pendakian di menara Alor Star bermula 16 Ogos.
Di Menara Alor Star, Arol amat gembira apabila telah ditemani oleh seorang penerjun base, Nik Khairul Fahmi bersama payung terjun dan seorang pengawal menara dari bawah hingga di paras tertinggi Menara Alor Star yang mempunyai ketinggian 116.5 meter dan mempunyai 628 anak tangga.
Arol yang membuat pendakian secara bersahaja dan riang sambil berkejar dengan Nik Khairul membuatkan pendakian itu lebih pantas dengan hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk di paras tertinggi.
Setibanya di puncak menara, Arol telah disambut dengan tepukan meriah oleh para penerjun base termasuklah Datuk Zulkifli Mohamad dan juga Pengurus Menara Alor Star dan selepas itu penyampaian sijil pengiktirafan sebagai pendaki termuda menara tersebut.
Kerana minat dan rasa keseronokan pendakian tangga, Arol telah mengambil keputusan untuk dengan turun tangga pula dan hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai di bawah membuatkan ramai pengun jung hairan melihat beliau yang sentiasa bersahaja tetapi agak pemalu itu.
Beliau telah berjaya menjadi pendaki termuda dengan mendaki dan menuruni tangga sebanyak 1,626 anak tangga di Menara Alor Star.
‘Arol merupakan sumber inspirasi kami’ itulah kata-kata semua penerjun base yang amat mesra dengan kerenah Arol yang manja dan pandai menyesuaikan diri dengan mereka itu.
Arol terus menjadi tumpuan yang mana rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan pendaki termuda kerana kagum melihat kemampuan si anak kecil itu.
Raubnya wajahnya yang sentiasa ceria dan riang tetapi agak pemalu itu membuatkan semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada pendakian siri terakhir beliau bersama bapanya di banguna hotel Felda Residence Kuala Terengganu pada 23 Ogos lalu.
Pada pendakian itu, Arol lebih banyak bercakap dengan bapanya dengan bertanyakan selepas ini nak naik menara mana pula dan setiap tingkat dia bertanyakan ini dah nombor berapa.
Beliau yang bersahaja akhirnya berjaya membuat pendakian sehingga paras 80 meter selepas mengharungi sebanyak 432 anak tangga dan teah turun kembali dengan tangga sehingga lah sampai di bawah.
Kerana seronok mendaki tangga, sekali lagi Arol melakukan pendakian dan menuruni tangga hotel tersebut dengan hanya mengambil masa keseluruhan 30 minit sahaja.
Sekali lagi Arol berjaya menjadi pendaki termuda Felda Residence Kuala Terengganu dengan membuat dua naik dan dua kali turun dengan purata sebanyak 1,728 anak tangga dijajahi.
Secara keseluruhan, Arol telah berjaya menghabiskan pendakian dengan melangkah sebanyak 4,730 anak tangga dalam pendakian tiga menara dan sebuah bangunan hotel. Mampukan kanak-kanak atau kita semua melakukannya seperti pendakian oleh adik Arol bersama bapanya.
Demi semangat cintakan negara yang sudah 51 tahun merdeka, maka Pendakian Merdeka 2008 dianjurkan yang mana Arol menjadi pendaki termuda melakukannya disamping bapanya melakukan pendakian sebanyak 51 kali setiap menara sebagai tanda kererdekaan negara.
Tahniah buat adik Arol dan bapanya Mohd Noor Mat Amin, semoga terus cemerlang dalam pendakian seterusnya iaitu program Le Solo Climb De Tower yang dijangka bermula Disember ini.