Sunday, September 7, 2008

MENDAKI 306,076 ANAK TANGGA DALAM PENDAKIAN MERDEKA 2008


Pendaki solo telah berjaya dalam Pendakian Merdeka 2008 dengan naik dan turun sebanyak 306,076 anak tangga di Menara Pelita Sarawak, Menara Tun Mustapha Sabah, Menara Alor Star Kedah, Felda Residence Kuala terengganu dan Menara Kuala Lumpur dari 01 Ogos hingga 28 Ogos lalu.

Pendaki solo melakukan pendakian sebanyak 51 kali di Menara pelita yang mempunyai 546 anak tangga yang mana naik dan turun dilakukan sebnayak 1,092 kali. Pendakian sebanyak 51 kali bermakna beliau telah naik dan turun tangga Menara Pelita sebanyak 55,692 kali dalam tempoh dua hari yang bermula 2-3 Ogos lalu

Sementara pendakian Menara Tun Mustapha pula yang mempunyai 600 anak tangga, pendaki solo berjaya melakukan sebanyak 51 kali pada 8 hingga 10 Ogos lalu dengan jumlah keseluruhan pendakian 61,200 kali naik dan turun tangga setinggi 30 tingkat itu.

Manakala Menara Alor Star yang mempunyai 628 anak tangga untuk sampai di puncak menara itu, pendaki solo hanya melakukan sebanyak 50 kali pendakian sempena sambutan 50 tahun pemerintahan sultan Kedah.

Dalam setiap pendakian itu, pendaki solo telah melalui sebanyak 1,256 anak tangga untuk menghabiskan setiap satu-satu pendakian. Jumlah keseluruhan naik turun tangga dalam pendakian 50 kali itu ialah sebanyak 62,800 anak tangga pada 16 hingga 17 Ogos lalu.

Bagi pendakian Felda Residence Kuala Terengganu yang merupakan pendakian paling rendah iaitu sebanyak 432 anak tangga untuk sampai di paras tertinggi pendakian iaitu di tingkat 19. Pendaki solo telah melakukan pendakian sebanyak 51 kali yang mana setiap pendakian beliau telah melalui sebanyak864 anak tangga.

Secara keseluruhan pendakian di Felda Residence Kuala Terengganu, pendaki solo berjaya melalui naik dan turun tangga sebanyak 44,064 anak tangga selama dua hari iaitu pada 23 hingga 24 Ogos lalu.

Bagi pendakian siri terakhir dalam program Pendakian Merdeka 2008 pendaki Solo berjaya mencipta rekod sebagai pendaki tangga pertama yang berjaya melakukan sebanyak 20 kali dalam tempoh 24 jam dan telah dimasukkan ke dalam The Malaysia Book Of Records.

Pendaki solo memulakan pendakian pada 27 hingga 28 Ogos lalu dengan mendaki tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 2,058 anak tangga tanpa henti selama 24 jam.

Setiap pendakian naik dan turun, pendaki solo telah melalui sebanyak 4,116 anak tangga setiap satu-satu pendakian itu.

Secara keseluruhannya, pendaki solo telah melakukan pendakian dengan naik dan turun sebanyak 82,320 anak tangga bagi menghabiskan pendakian sebanyak 20 kali itu.

Jika dijumlahkan semua pendakian dalam Pendakian Merdeka 2008, pendaki solo telah berjaya membuat pendakian naik dan turun sebanyak 306,076 anak tangga pada lima lokasi yang didaki itu.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menjadi penaung program Pendakian Merdeka 2008 telah menyampaikan sijil pengiktirafan The Malaysia Book Of Records pada majlis pelancaran KL Tower International Base Jump di Menara Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

Turut sama dalam majlis itu ialah, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad, Pengerusi Telekom Malaysia yang juga Menara Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Radzi Mansor dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad.