PendakiSOLO negara (penSOLO) yang telah berjaya dalam banyak mencipta rekod dalam pendakian tangga menara dan pendakian gunung tetap yakin suatu hari nanti akan dapat membuat pendakian tangga di kedua-dua Menara berkembar Kuala Lumpur (KLCC) selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
Pelbagai usaha dilakukan oleh team pendakiSOLO untuk memastikan pensolo dapat melakukannya pendakian demi mincipta rekod pertama dunia.
Sebelum ini, team pendakiSOLO telah membuat permohonan dengan pihak pengurusan KLCC Propertif untuk membuat pendakian pada 30 Ogos lalu sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan negara, namun begitu sampai kini tiada jawapannya.
Namun begitu, ianya tidak melemahkan semangat penSOLO untuk terus mencipta rekod kerana yang penting usaha dan tidak boleh terus mengalah demi negara.
Team pendakiSOLO akan terus berurusan dengan pihak pengurusan KLCC untuk memastikan penSOLO dapat melakukanya dari masa ke semasa.
Dalam perancangan awal.... penSOLO memulakan pendakian dari Ground Floor Tower B KLCC sehinggalah ke paras tingkat 88 dan turun hingga tingkat 44, kemudian melalui jambatan gantung menuju ke Tower A dan naik tangga ke tingkat 88. Selepas itu, penSOLO terus turun ke Ground Floor Tower A dan tamat pendakian.
Pendakian keseluruhan ini dijangka mengambil masa selama 3 hingga 4 jam, ianya amat mudah tetapi ianya mesti mempunyai kekuatan mental disamping fizikal yang stabil. Jika tidak ianya akan menemui kegagalan.
Doakan agar penSOLO dapat melakukan pendakian untuk mencipta rekod terakhir pada tahun 2008 sebelum memulakan pendakian mencipta rekod dunia pada JUN 2009.