Anda sedang melayari blog Team PendakiSOLO, KEJAYAAN AKAN DATANG, JIKA KITA INGINKAN KEJAYAAN... cabaran EVEREST 2017 - BRANDS OF MALAYSIA bersama pendakisolo Activity CREAM maklumat lanjut layari www.pendakisolo.com
Saturday, February 28, 2009
KUALA LUMPUR, 28 FEB 2009 - CABARAN Towerton Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) edisi 2009 esok akan diserikan dengan kehadiran pemegang rekod pendaki termuda Menara KL, Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor. Muhammad Syahrulnizam, 5, yang mencipta rekod pendakian menara setinggi 421 meter itu Jun tahun lepas telah dijemput oleh Menara KL untuk memeriahkan lagi cabaran yang yang bermula esok Anak kepada pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin itu akan turut sama menyertai cabaran pendakian tersebut selepas semua peserta lain dilepaskan. Muhammad Syahrulnizam hanya mengambil masa 45 minit untuk menghabiskan pendakian dalam latihan akhir yang diadakan di tangga Menara Kuala Lumpur semalam. Pendakian dalam latihan hari ini lebih cepat jika dibandingkan keika beliau mencipta rekod sebagai pendaki termuda mendaki tangga Menata Kuala Lumpur Jun tahun lalu dengan mengambil masa satu jam 13 minit untuk sampai digarisan penamat. Lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara akan bersaing dalam 14 kategori yang dipertandingkan pada cabaran kali ini. Selain hadiah kemenangan yang bernilai dari RM3,000 sehingga RM100 yang menjadi rebutan, peserta juga berpeluang membawa pulang medal dan sijil sekiranya mereka berjaya menamatkan pendakian ke garisan akhir Gambar menunjukkan Muhammad Syahrulnizam semakin pantas mendaki tangga dalam sessi latihan di tangga Menara Kuala Lumpur semalam. eds