Monday, August 24, 2009

LATIHAN DI BULAN PUASA


Pendaki SOLO terus menjalani latihan pada sebelah malam dengan membuat sehingga lima kali mendaki tangga apartment setinggi 10 tingkat di samping melakukan senaman ringan bagi memperkuatkan fizikal sehinggalah tiba di hari cabaran sebenarnya yang bermula pada 1 Disember ini.

Latihan selama dua jam dilakukan pada sebelah malam bagi memperkasakan lagi otot-otot dan menstabilkan fitnes serta mengekalkan tahap kecergasan diri walaupun dilakukan pada bulan ramadhan yang mulia ini.

Walaupun purata latihan agak separuh berkurangan daripada biasa, namun begitu ianya tetap dilakukan seperti biasa pada sebelah malam.

Sementara itu, pihak urusetia pula sibuk membuat pengurusan Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 yang mana segala surat menyurat telah dihantar kepada kementerian terbabit dan juga kepada bakal penaja.

Sehingga hari ini, pihak urusertia juga sedang berusaha untuk mendapatkan surat perlepasan cukai korporat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada mereka yang menaja program ini nanti.

Adalah menjadi harapan agar panaja atau penyumbang dalam program ini mendapat perlepasan cukai daripada LHDN kerana program pendakian ini satu-satunya dilakukan oleh seorang anak Malaysia bagi mewakili seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 merupakan yang pertama dilakukan di dunia dan ianya oleh seorang anak Malaysia bagi menjadikan PERTAMA DI DUNIA.

Dengan slogan I CAN, WE CAN... ianya akan membuktikan kepada dunia bahawa anak Malaysia mampu melakukan yang pertama di dunia.