Saturday, August 29, 2009

SOKONGAN DIPERLUKAN


Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 fassa pertama akan bermula pada 1 Disember ini sehingga 21 Mac 2010, adalah menjadi harapan agar semua pihak dapat memberikan sokongan kepada usaha pendaki solo yang ingin mengharumkan nama negara dengan mencipta rekod pertama dunia di Gunung Kinabalu dan usaha beliau untuk memperolehi pengiktirafan sebagai orang pertama melakukan pendakian sebanyak 111 kali dalam tempih 111 hari dicatatkan di Guinness World Records.
Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 juga bakal menyaksikan liputan menyeluruh oleh agensi berita antarabangsa yang berpusat di Singapura bagi disiarkan didalam pelanggannya yang terdiri stesen televisyen dan akhbar di seluruh dunia.
Sementara itu, beberapa akhbar dan stesen televisyen negara juga bersedia membuat liputan menyeluruh tentang pendakian yang bakal dilakukan oleh pondaki solo atas nama 1Malaysia.
Adalah menjadi harapan pendaki solo dan team pasukan sokongan agar mendapat penajaan dan kerjasama daripada pelbagai pihak samada daripada sektor kerajaan atau korporat di negara ini.
Kejayaan Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 yang akan diadakan di Gunung Kinabalu, sabah dan Menara Kuala Lumpur bakal mempromosikan nama negara dipersada dunia.
Pendakian ini juga merupakan sebagai wakil daripada seluruh rakyat Malaysia untuk mencipta rekod dunia di dalam negara sendiri.
Walaupun pendakian sudah semakin hampir, banyak pihak yang masih belum memberi kata putus kepada team pendaki solo samada akan memberi sokongan, kerjasama atau pun memberi penajaan bagi menampung kos yang besar sepanjang program berlangsung.
Adalah menjadi harapan agar Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 dapat disempurnakan pada masa yang telah ditetakkan... hanya tuhan sahaja yang menentukan, kita hanya berusaha.......