Pendaki solo giat menjalani latihan bagi menghadapi cabaran dalam Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 yang dijadualkan bermula pada 1 Disember 2009 hingga 21 Mac 2010 di Gunung Kinabalu.
Selain menjalani latihan mendaki tangga, pendaki solo juga membuat pendakian di Gunung sekitar Tebu Terengganu dari 23-25 Okt lalu bagi memperkasakan lagi kemampuan diri sebelum bermulanya pendakian sebenar.
Dalam pendakian itu, pendaki solo tidak terlalu memaksa diri ketika treaking ditengah treak gunung dan hanya treaking secara santai bersama sebotol air just untuk fitnes dan bagi menguatkan otot-otot kerana sasaran pendakian bukan untuk sampai di puncak tetapi pendakian untuk fitnes sebelum melakukan cabaran.
Dalam tiga hari itu, beliau sempat minum air batu campur dan kerepok lekor yang jarang dilakukan oleh pendaki solo just untuk menghappykan diri ditengah keletihan selepas mendaki.
Selepas balik ke kota, pendaki solo terus membuat pendakian tangga disebelah pagi dan malam sementara pada sebelah tengahari hingga petang pula membuat pengurusan terutama urusan penajaan bersama pengarah program dan setiausaha program.
Pendaki solo bersama Pengarah Program 1, Hazran Mohamed akan ke Kota Kinabalu pada 29-31 Okt ini bagi membuat pengurusan, perbincangan tentang pembabitan dengan Kerajaan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya kota Kinabalu (DBKK) dan Sabah Parks.
Sementara itu pihak pengurusan Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 masih menunggu keputusan penajaan daripada beberapa syarikat korporat dan juga Kerajaan Negeri Terengganu.
Pihak pengurusan juga sedang menguruskan dengan Kementerian Kewangan Malaysia agar setiap syarikat korporat yang memberi penajaan akan dikecualikan daripada cukai korporat bagi tahun 2009 dan 2010.
Adalah menjadi harapan pihak pengurusan Pendakian Solo 1 Malaysia 2009-2010 agar pihak syarikat korporat di negara ini tampil untuk sama-sama menjayakan misi 1Malaysia di bawah Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak membuahkan hasil dengan jayanya.