Monday, November 9, 2009

TERKINI PENDAKIAN SOLO 1MALAYSIA 2009-2010

Lebih 300 peserta dijangka memeriahkan lagi program Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 fasa pertama yang berlangsung di Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter bermula 31 Disember ini hingga 19 April 2010.

  Mereka terdiri daripada para penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai mewakili universiti seluruh Malaysia yang mempunyai penuntut bangsa dan agama daripada seluruh tanah air akan turut membuat pendakian bersama pendaki solo sehinggalah ke puncak Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
  Sementara itu, Pemuda UMNO Sabah juga akan menghantar lebih 100 belia daripada seluruh Sabah menjadi ahli Pemuda UMNO Sabah untuk turut bersama-sama menjayakan pendakian solo yang dilakukan pendaki solo nanti.
  Program ini juga telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada darpada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Pemuda UMNO Sabah, Taman-Taman Sabah dan Menara Kuala Lumpur.
  Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Malaysia pula bertindak sebagai Media Rasmi.
Pada Dasarnya, pihak UMS telah diberi penghormatan untuk menyediaka pengangkutan dan kenderaan disepanjang program ini nanti.
Dijangkakan, terdapat beberapa lagi agensi kerajaan pusat dan negeri dalam proses untuk turut kerjasama dalam penganjuran yang akan berakhir Mei 2010.
  Pihak urusetia program sedang bertungkus lumus mendapatkan penajaan dan pada dasarnya terdapat beberapa syarikat korporat yang bersedia memberi penajaan, sementara itu banyak lagi yang masih dalam perundingan.

  Pendaki Solo pula giat menjalani latihan dengan mendaki tangga, renang, mendaki Gunung Tebu di Terengganu dan juga trekking bagi memastikan keadaan fizikal yang baik sehinggalah tiba hari cabaran nanti.
  Pada 13 hingga 15 NOvember ini, satu ekspedisi santai bagi persediaan awal dalam pendakian bersama krew TV3 akan dibuat dengan mendaki Gunung Tebu di Terengganu.
  Sementara pada 3 hingga 6 Disember ini, Team pendaki solo bersama TV3 turut menjayakan program pendakian PUNCAK UMS yang akan diadaka pada 4 atau 5 Disember ini sebagai menyokong program yang dilakukan oleh UMS yang disertai lebih 100 pendaki yang terdiri pensyarah, kakitangan dan penuntut. -