Pendaki Solo dan Naib Cancelor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Y.Bhg. Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon akan mengetuai program Pendakian Puncak UMS bersama lebih 100 pensyarah dan kakitangan UMS pada 12 Dis ini.
Program yang julung diadakan itu bertujuan untuk menggalakan seluruh warga kerja UMS supaya sentiasa sihat dan cergas dan ianya dijangka dijalankan pada setiap bulan pada masa akan datang.
Ia juga sebagai menyemarakkan lagi program Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 yang dilakukan oleh pendaki solo negara yang mana UMS juga terbabit sebagai Penganjur Bersama.
UMS akan menghantar lebih 150 orang belia daripada seluruh negara yang menuntut di UMS sebagia pendaki sokongan dan juga urusetia program Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010.
Sementara itu, sebagai penganjur bersama UMS turut menyediakan pengangkutan sepanjang program ini berlansung sehinggalah tamah pada 19 April tahun depan.
Disamping itu juga, UMS juga akan menyediakan beberapa perkhidmatan lain yang diperlukan semasa pendakian kelak.
Program ini akan disiarkan dalam TV3 dan sisipan WOW akhbar Utusan Malaysia yang menjadi akhbar dan televisyen rasmi program Pendakian solo 1Malaysia 2009-2010.
Pada 13 Dis pula, pendaki solo bersama team TV3 akan ke Kinabalu Park untuk pengambaran sekitar Timpohon Gate hingga pondok Layang-Layang untuk terbitan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 dan terbitan sisipan Wow di akhbar Utusan Malaysia.