Saturday, February 28, 2009

video latihan AROL di tangga KL Tower






KUALA LUMPUR, 28 FEB 2009 - CABARAN Towerton Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) edisi 2009 esok akan diserikan dengan kehadiran pemegang rekod pendaki termuda Menara KL, Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor. Muhammad Syahrulnizam, 5, yang mencipta rekod pendakian menara setinggi 421 meter itu Jun tahun lepas telah dijemput oleh Menara KL untuk memeriahkan lagi cabaran yang yang bermula esok Anak kepada pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin itu akan turut sama menyertai cabaran pendakian tersebut selepas semua peserta lain dilepaskan. Muhammad Syahrulnizam hanya mengambil masa 45 minit untuk menghabiskan pendakian dalam latihan akhir yang diadakan di tangga Menara Kuala Lumpur semalam. Pendakian dalam latihan hari ini lebih cepat jika dibandingkan keika beliau mencipta rekod sebagai pendaki termuda mendaki tangga Menata Kuala Lumpur Jun tahun lalu dengan mengambil masa satu jam 13 minit untuk sampai digarisan penamat. Lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara akan bersaing dalam 14 kategori yang dipertandingkan pada cabaran kali ini. Selain hadiah kemenangan yang bernilai dari RM3,000 sehingga RM100 yang menjadi rebutan, peserta juga berpeluang membawa pulang medal dan sijil sekiranya mereka berjaya menamatkan pendakian ke garisan akhir Gambar menunjukkan Muhammad Syahrulnizam semakin pantas mendaki tangga dalam sessi latihan di tangga Menara Kuala Lumpur semalam. eds

Wednesday, February 25, 2009

Pendaki termuda serikan Towerton


CABARAN Towerton Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) edisi 2009 kali ini bakal diserikan dengan kehadiran pemegang rekod pendaki termuda Menara KL, Syahrul Nizam Mohd. Noor.

Syahrul, 5, yang mencipta rekod pendakian menara setinggi 421 meter itu Jun tahun lepas, dijemput oleh Menara KL untuk memeriahkan lagi cabaran yang akan berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac depan itu.

Anak kepada jurugambar Utusan Melayu, Mohd. Noor Mat Amin itu akan turut sama menyertai pendakian tersebut selepas semua peserta lain dilepaskan.

"Syahrul memang sentiasa berminat dengan sebarang cabaran pendakian, dia suka apabila berada di tempat yang tinggi," kata bapanya, Mohd. Noor semalam.

"Setiap hari saya akan membawanya menjalani latihan mendaki tangga di apartmen 10 tingkat kami dan juga berenang.

"Biasanya Syahrul akan berlatih menaiki tangga sebanyak tiga kali sehari dan dia tidak pernah merungut tentangnya. Dia memang seorang budak yang lasak," kata Mohd. Noor yang pernah mendaki Gunung Everest dan mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu 50 kali dalam masa dua bulan.

Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara KL merupakan acara tahunan yang dianjurkan Menara KL dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (POAWP).

Lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara akan bersaing dalam 14 kategori yang dipertandingkan pada cabaran kali ini.

Selain hadiah kemenangan yang bernilai dari RM3,000 sehingga RM100 yang menjadi rebutan, peserta cabaran ini juga berpeluang membawa pulang medal dan sijil sekiranya berjaya menamatkan pendakian ke garisan akhir.

Semua peserta diminta mengambil nombor penyertaan dan cip larian di pejabat POAWP di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Jalan Hang Tuah pada 27 dan 28 Februari ini.

Menara KL juga akan mengadakan sesi latihan pendakian bagi para peserta pada 27 dan 28 Februari bermula 10 pagi hingga 6 petang.

Monday, February 16, 2009

apa nama pokok ini

Apa nama pokok ini....
jika anda melihat pasti tidak tau namanya ekk
itulah salah satu pokok yang terdapat di kawasan rekreasi Bukit Belacan...
tinjauan petang tadi mendapati banyak peralatan di taman permainan rosak..
tanda berbau busuk kerana tidak diselengara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan..
siapa salah..????

PAMERAN PALESTINE


Sekitar pameran lukisan di Balai Senilukis Negara

Thursday, February 12, 2009

Ceramah Prof. Diraja Ungku Aziz


Penerima Anugerah Merdeka 2008,Prof. Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menjawab soalan selepas menyampaikan ceramah The Quest for Success di KL Convention Centre (KLCC) semalam

Wednesday, February 11, 2009