Saturday, November 21, 2009

Keratan akhbar Sukan YO! Utusan Malaysia 21 Nov 2009


Thursday, November 19, 2009

Datuk Malik Mydin hadir dalam Pendakian Solo 1Malaysia

   Wira Selat Inggeris Negara, Datuk Malik Mydin akan menyerikan lagi program Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 fasa pertama yang di Gunung Kinabalu bermula 31 Disember ini hingga 19 April 2010.
   Beliau telah menyatakan persetujuan untuk turut menyerikan program ini pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian hari ketika dihubungi oleh pendaki solo hari ini.
   Kehadiran beliau bertujuan untuk memberi semangat kepada pendaki solo yang membuat cabaran pendakian sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari yang berasaskan kepada 1Pendakian, 1Kemuncak, 1Malaysia di Timpohon Gate dan Kinabalu Park sahaja.
  Disamping itu, beliau juga akan beramah mesra dengan pengunjung samada yang mendaki gunung atau pelancung biasa di sekitar Kinabalu Park nanti.
   Beliau amat bangga kerana masih terdapat rakyat Malaysia yang sanggup melakukan cabaran demi memertabatkan nama negara dipersada dunia.
  
  
       

Monday, November 9, 2009

TERKINI PENDAKIAN SOLO 1MALAYSIA 2009-2010

Lebih 300 peserta dijangka memeriahkan lagi program Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 fasa pertama yang berlangsung di Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter bermula 31 Disember ini hingga 19 April 2010.

  Mereka terdiri daripada para penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai mewakili universiti seluruh Malaysia yang mempunyai penuntut bangsa dan agama daripada seluruh tanah air akan turut membuat pendakian bersama pendaki solo sehinggalah ke puncak Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
  Sementara itu, Pemuda UMNO Sabah juga akan menghantar lebih 100 belia daripada seluruh Sabah menjadi ahli Pemuda UMNO Sabah untuk turut bersama-sama menjayakan pendakian solo yang dilakukan pendaki solo nanti.
  Program ini juga telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada darpada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Pemuda UMNO Sabah, Taman-Taman Sabah dan Menara Kuala Lumpur.
  Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Malaysia pula bertindak sebagai Media Rasmi.
Pada Dasarnya, pihak UMS telah diberi penghormatan untuk menyediaka pengangkutan dan kenderaan disepanjang program ini nanti.
Dijangkakan, terdapat beberapa lagi agensi kerajaan pusat dan negeri dalam proses untuk turut kerjasama dalam penganjuran yang akan berakhir Mei 2010.
  Pihak urusetia program sedang bertungkus lumus mendapatkan penajaan dan pada dasarnya terdapat beberapa syarikat korporat yang bersedia memberi penajaan, sementara itu banyak lagi yang masih dalam perundingan.

  Pendaki Solo pula giat menjalani latihan dengan mendaki tangga, renang, mendaki Gunung Tebu di Terengganu dan juga trekking bagi memastikan keadaan fizikal yang baik sehinggalah tiba hari cabaran nanti.
  Pada 13 hingga 15 NOvember ini, satu ekspedisi santai bagi persediaan awal dalam pendakian bersama krew TV3 akan dibuat dengan mendaki Gunung Tebu di Terengganu.
  Sementara pada 3 hingga 6 Disember ini, Team pendaki solo bersama TV3 turut menjayakan program pendakian PUNCAK UMS yang akan diadaka pada 4 atau 5 Disember ini sebagai menyokong program yang dilakukan oleh UMS yang disertai lebih 100 pendaki yang terdiri pensyarah, kakitangan dan penuntut. -
 

Sunday, November 1, 2009

Perubahan Tarikh Pendakian Solo 1Malaysia Fasa Pertama


Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 fasa pertama di Gunung Kinabalu, Sabah telah diubah tarikh permulaan pendakian daripada 1 Disember 2009 kepada 31 Disember 2009 selepas hasil pertemuan dengan agensi-agensi di Sabah yang terbabit secara langsung dalam program ini sehinggalah tamat.
     Namun begitu tarikh pendakian dalam fasa kedua di tangga Menara Kuala Lumpur tidak berubah iaitu pada 1 hingga 7 Mei 2010.
     Terkini, agensi yang terlibat secara langsung dalam pendakian solo di Gunung Kinabalu ialah Taman-Taman Sabah, Pemuda UMNO Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kementerian Pelancongan Sabah.
     Semua agensi ini menjadi penganjur bersama dalam program yang akan dilakukan oleh pendaki solo negara , Mohd Noor Mat Amin atau lebih dikenali sebagai mRSolo Malaysia yang telah berjaya melakukan pelbagai rekod dalam pendakian solo di Malaysia sebelum ini.
     Semua agensi yang terlibat dalam program ini telah diberi penghormatan untuk membantu menjayakan program ini seperti pengangkutan, pendaki sokongan bersama pendaki solo, urusetia program, majlis pelancaran pendakian, promosi seperti penyediaan buku cenderamata, pakaian urusetia dan pendaki sokongan dan sebagianya.
     Dalam program ini, Stesen Televisyen Malaysia atau TV3 telah diberi penghormatan  untuk sama-sama menjayakannya dengan menjadi media elektronik rasmi sementara akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo pula menjadi akhbar Bahasa Malaysia rasmi.
     Program yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia masih menunggu keputusan Kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Terengganu bagi sama-sama menjayakannya dengan menjadi penganjur bersama.
     Pada masa yang sama, pihak penganjur juga masih menguruskan dengan beberapa syarikat korporat dalam pelbagai sektor untuk turut sama dengan menjadi penaja program yang akan berakhir pada 7 Mei 2010.
     Semua penaja daripada syarikat korporat ataupun perseorangan akan dikecualikan cukai pendapatan bagi tahun 2009 dan 2010 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.