KATHMANDU - Seorang lepasan Universiti London, Bonita Norris yang berusia 22 tahun menjadi pendaki wanita termuda Britain apabila dia berjaya menawan Gunung Everest pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Graduan seni media yang berasal dari Wokingham, Berkshire di tenggara England itu mencipta sejarah walaupun dia kurang berpengalaman mendaki gunung.
Norris mendapat ilham untuk memecah rekod sebagai pendaki termuda dengan mengambil contoh kejayaan Ketua Pengakap Britain, Bear Grylls, 35, yang pernah menawan puncak setinggi 8,848 meter itu semasa dia berusia 23 tahun pada 1997.
Berita kejayaan tersebut dikirimkan oleh Norris menerusi laman blognya.
Dia mendaki gunung itu bersama seorang lagi pendaki Britain, Kenton Cool dengan mengikut laluan di selatan Gunung Everest.
Pendaki termuda setakat ini ialah Temba Tsheri dari Nepal yang berusia 16 tahun pada 2001. - Agensi - Kosmo 19 Mei 2010