Walaupun perasaan agak sedikit kecewa, pendaki SOLO terpaksa akur dengan keadaan semasa ekoran perubahan tarikh cabaran pendakian solo tangga di Menara Kuala Lumpur kepada 16 hingga 17 April 2011.
Penundaan tarikh cabaran itu merupakan kali ketiga ekoran kesukaran untuk memperolehi sebarang penajaan bagi membiayai kos perbelanjaan sepanjang program pendakian yang selama 24 jam itu nanti.
Sebelum ini, sepatutnya cabaran itu dilakukan pada 9 Okt hingga 10 Okt lalu, namun begitu, oleh kerana kegagalan memperolehi sebarang penajaan, ianya terpaksa ditunda kepada 2 Feb hingga 3 Feb 2011.
Oleh kerana sehingga kini pihak penganjur masih tidak memperolehi memperolehi penajaan cabaran pendakian solo Menara Kuala Lumpur sekali lagi terpaksa di tunda kepada 16 hingga 17 April bagi memberi ruang yang secukupnya kepada team yang berusaha mendapatkan penajaan memperolehi dana untuk membiayai kos penganjuran yang bertaraf dunia itu nanti.
Ini merupakan kali ketiga penundaan cabaran terpaksa dilakukan, namun begitu pendakiSOLO tetap yakin ianya dapat melakukan pendakian sebanyak 70 kali tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam bagi memecahkan rekod Guinness World of Records yang dicipta pendaki Switzerland, Kurt Hess di tangga Menara Esterli, Lenzburg, Switzerland, sebanyak 413 kali pada ketinggian 45 meter pada 2007.
walaupun penundaan tarikh cabaran itu, pendaki solo tetap melakukan latihan seperti biasa dengan mendaki tangga, mendaki gunung dan sebagainya supaya ianya sentiasa bersedia untuk melakukan cabaran nanti.