Friday, June 27, 2008

pendakian bermula

Terima kasih kerana melayari blogs pendaki solo

Wednesday, June 25, 2008

MUHAMMAD SYAHRULNIZAM MENDAPAT THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

MAJLIS PELANCARAN PENDAKIAN TERMUDA

PELANCARAN PENDAKIAN TERMUDA DUNIA

OLEH ADIK MUHAMMAD SYAHRULNIZAM

PADA 6 JUN 2008 DI MENARA KUALA LUMPUR

OLEH YB. ISMAIL SABRI YAACOB

MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


SYAHRULNIZAM TIBA DI KINABALU PARK

Friday, June 20, 2008

PENDAKIAN SOLO MERDEKA 2008

AKAN DATANG MENEMUI ANDA

PENDAKIAN MERDEKA 2008
(akan dilakukan oleh pendaki solo negara)
MOHD NOOR MAT AMIN

01-03 Ogos 2008 - Menara Pelita, Kuching Sarawak
08-10 Ogos 2008 - Menara Tun Mustapha Kota Kinabalu
15-17 Ogos 2008 - Menara Alor Setar, Kedah
22-24 Ogos 2008 - Menara Komtar Pulau Pinang
30 Ogos 2008 - Menara berkembar KLCC, Kuala Lumpur

SYAHRULNIZAM THE CONQUEROR

Gabey Goh (Malay mail 19 June 2008)
IT could be said thatmany sons follow in their father’s footsteps, but none does so quite as literally as young Muhammad Syahrulnizam. On June 6, this plucky fouryear- old landed himself a spot in the Malaysian Book of Records for climbing all 2,085 steps of the Kuala Lumpur Tower.
It is a remarkable feat that makes all themore sense when you find out that his father, Utusan photographer Mohd Noor Mat Amin, is a veteran mountaineer who earlier this year set a record of his own for successfully climbing the same tower 30 times in three days.
Speaking to Malay Mail shortly after Syahrulnizam’s conquest of the KL tower, 41-year-old Mohd Noor was happy to recount the day’s events at his home in Bangi, Kuala Lumpur.
“He slept in the car thewhole ride back home,” revealed Mohd Noor, with a hint of fatherly pride.
“During the climb, there was one point where he wanted to give up because it was so hot and stuffy in the tower and there were so many photographers and the added heat from the TV camera lights made it even worse.” But persevere this little climber did and in just one hour and 13 minutes he conquered the tallest tower in the country. Fueled by some milk and ‘Nestum’ in the morning, followed by donuts before the climb.
It is at this juncture that many would ask, how did it all begin? “He started when he was just two years old ... he saw me climbing the stairs in our apartment complex as part of my training and wanted to join in.
“If I climbed the stairs five times, he would climb twice.
He said he wanted to follow and be tough like me,” grinned Mohd Noor, who beganmountain climbing 12 years ago for recreation and fitness.
He said that the best training for those interested in pursuing a sport such as mountain climbing is to just climb stairs.
No gym needed. Climbing stairs develops all the muscles.
Swimming is also a good exercise.
Mohd Noor said that all these exercises still do not compare to actually climbing mountains as it provides not only physical but mental training.
“The toughest obstacle is not the mountain, but your mind.
Mental strength is important if you want to make it all the way,” he advised.
Syahrulnizam, while shy and did not talk much throughout the interview, soon became hyperactive and was running around the apartment much to the exasperation of the photographer trying to snap his pictures.
Hard to believe this little “chili padi”, who has become an icon for theMinistry of Sport and enjoys their patronage, still had energy left after completing a task that would knock most adults out for a good day or so. It certainly is good to be young.
So what is next for this dynamic duo? When asked how they planned to celebrate Syahrulnizam’s success at KL Tower, Mohd Noor said a trip to Mount Kinabalu was in the cards and that they will celebrate with a sucessful climb to the peak.
“This will just be for fun, not to break any records.
Syahrulnizam’s fourth birthday is on June 13 and we want to celebrate his birthday at the peak of Mount Kinabalu,” said Mohd Noor.
Was the journey successful? Visit the photographer’s blog at http://pensolo.blogspot.com and a quick scroll through the photos there will give you your answer. Little Syahrulnizam’s journey to conquering new heights has only just begun, under the loving and watchful eye of his father. The rest of Malaysia gets to sit back and watch.

Monday, June 16, 2008

FOTO-FOTO SEKITAR EKSPLORASI KINABALU 2008






















Terima kasih kerana melayari blogs pendaki solo

Saturday, June 7, 2008

BUDAH EMPAT TAHUN CIPTA REKOD

Muhammad Syahrulnizam diiktiraf Pendaki Termuda Menara Kuala Lumpur

Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman - (berita harian 7 June 2008)

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berusia empat tahun, Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor semalam, mencipta nama dalam Malaysia Book of Records sebagai Pendaki Menara Termuda setelah berjaya mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur selama satu jam 13 minit. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata rekod itu sepatutnya meniupkan semangat kepada golongan belia yang lain supaya melakukan sesuatu untuk bukan saja mengharumkan nama individu tetapi juga negara.
"Saya harap (apa) yang ditunjukkan oleh adik Syahrul ini menjadi perangsang kepada belia kita untuk mencipta nama mengikut kesesuaian mereka,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Ismail Sabri berkata, kementerian bercadang menjadikan Muhammad Syahrulnizam sebagai ikon termuda di bawah kementerian itu. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad, berkata pihaknya akan memberikan laporan khas kepada World Federation Great Towers berhubung rekod itu.
Anak pertama pasangan Mohd Noor Mat Amin dan Rosmawati Mohd itu lahir di Kuala Terengganu pada 13 Jun 2004. Sempena hari jadinya yang keempat tahun ini, Muhammad Syahrulnizam akan mendaki Gunung Kinabalu minggu depan dan segala pembiayaan berkaitan pendakian ditanggung kementerian. Sebelum ini, bapa Syahrulnizam sendiri berjaya mendaki Menara Kuala Lumpur sebanyak 30 kali selama tiga hari berturut-turut sempena “KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2008” yang diadakan pada 1 hingga 3 Februari lalu.

PENDAKI TERMUDA TAWAN MENARA KUALA LUMPUR

Oleh Muhd. Zulkifli Sainuddin - (Utusan Malaysia 7 Jun 2008)
KUALA LUMPUR 6 Jun - Kanak-kanak berusia empat tahun, Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Pendaki Menara Termuda apabila berjaya mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur (KL) selama satu jam 13 minit.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, rekod itu sepatutnya meniupkan semangat kepada golongan belia yang lain supaya melakukan sesuatu untuk bukan sahaja mengharumkan nama individu tetapi juga nama negara.
Sehubungan itu katanya, kementerian bercadang menjadikan Syahrulnizam sebagai ikon termuda di bawah kementerian itu.
"Saya harap kejayaan Syahrul ini menjadi perangsang kepada belia kita untuk mencipta nama mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil MBR kepada Syahrulnizam yang merupakan anak jurugambar Kumpulan Utusan, Mohd. Noor Mohd. Amin.
Mohd. Noor sebelum ini berjaya mendaki Menara KL sebanyak 30 kali dalam tempoh tiga hari sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 pada Ogos tahun lalu.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Datuk Zulkifli Muhamad dan Pengarah MBR, Datuk Danny Ooi.
Sementara itu, Mohd. Noor berkata, pendakian bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada pukul 11.38 pagi.
Beliau berkata, semasa pendakian, anaknya tidak menghadapi sebarang masalah kecuali di peringkat pertengahan, dia mengalami sedikit gangguan emosi namun berjaya ditenangkan.
''Sebelum pendakian ini, Nizam telah pun menjalani latihan menaiki tangga bangunan apartmen 10 tingkat dalam dua hingga empat kali seminggu,'' katanya.
Beliau juga akan membawa anaknya mendaki Gunung Kinabalu di Sabah sempena ulang tahunnya yang keempat pada 13 Jun ini.
''Pendakian Gunung Kinabalu itu ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan,'' katanya.
Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya akan memberikan laporan khas kepada World Federation Great Towers berhubung rekod yang dicatatkan oleh Syahrulnizam itu.

Friday, June 6, 2008

KANAK-KANAK 4 TAHUN CIPTA REKOD DAKI MENARA KUALA LUMPUR

Kanak-kanak 4 tahun cipta rekod daki tangga Menara KL (news MSTAR/06-06-2008 10:38:03 PM)
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berusia empat tahun Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor (gambar) hari ini mencipta nama dalam Malaysia Book of Records sebagai Pendaki Menara Termuda setelah berjaya mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur selama satu jam 13 minit. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, rekod itu sepatutnya meniupkan semangat kepada golongan belia yang lain supaya melakukan sesuatu untuk bukan sahaja mengharumkan nama individu tetapi juga nama negara. "Saya harap (apa) yang ditunjukkan oleh adik Syahrul ini menjadi perangsang kepada belia kita untuk mencipta nama mengikut kesesuaian mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ismail Sabri berkata, kementerian bercadang menjadikan adik Syahrulnizam sebagai ikon termuda di bawah kementerian itu. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Mohamad berkata pihaknya akan memberikan laporan khas kepada World Federation Great Towers berhubung rekod itu.Anak pertama pasangan Mohd Noor Mat Amin dan Rosmawati Mohd itu lahir di Kuala Terengganu pada 13 Jun 2004. Sempena hari jadinya yang keempat tahun ini, Syahrulnizam akan mendaki Gunung Kinabalu minggu depan dan segala pembiayaan berkaitan pendakian ditanggung oleh kementerian.
MUHAMMAD Syahrul Nizam Mohd Noor pendaki Menara Kuala Lumpur termuda berusia 3 tahun 11 bulan dan 25 hari menempa nama dalam Malaysia Book of Records.
Sebelum ini, bapa Syahrulnizam sendiri berjaya mendaki Menara Kuala Lumpur sebanyak 30 kali selama tiga hari berturut-turut sempena "KL Tower International Forest Towerthon Challange 2008" yang diadakan pada 13 Februari 2008. BERNAMA

Thursday, June 5, 2008

TENTATIF PRORGAM MENARA KUALA LUMPUR 6 JUN INI

MUHAMMAD SYAHRULNIZAM MOHD NOOR
PENDAKIAN TERMUDA MENARA KUALA LUMPUR 2008
THE MALAYSIA BOOK OF RECORD

09.30 pagi Ketibaan Para jemputan dan Media
09.45 pagi Ketibaan Pengerusi Menara Kuala Lumpur
10.00 pagi ketibaan Menteri Belia dan Sukan Y.B. Datuk Ismail Sabri Yaakob
10.05 pagi Perlepasan pendakian termuda di Tower Teraace Oleh Menteri
10.10 pagi Perlepasan 2 penerjun Menara Kuala Lumpur di pelantar terbuka oleh Menteri
10.30 pagi Semua ke Restoran Berputar untuk mengiringi pendaki termuda ke garisan penamat
10.35 pagi ketibaan pendaki termuda di Mega View Banquet Desk
10.40 pagi Jamuan makan
10.45 pagi Persembahan Cheer leaders oleh kebudayaan Menara Kuala Lumpur
10.50 pagi Ucapan CEO Menara Kuala Lumpur
11.00 pagi Penyerahan sijil Malaysia Book Of Record kepada pendaki termuda
11.05 pagi penyerahan cenderahati
11.10 pagi persembahan live band sempena live band 2008 di Menara Kuala Lumpur
11.20 pagi Persembahan kebudayaan oleh Menara Kuala Lumpur
11.30 pagi Sidang akhbar di Mega View Banquet Desk IV
12.00t/hari Tamat

Tuesday, June 3, 2008

TENTATIF PROGRAM EKSPLORASI KINABALU 2008

11 Jun 2008

03.00 berkumpul di KL Central (terminal bas)

04.50 Tiba di LCCT

04.50 Check In LCCT

06.50 Menaiki pesawat di LCCT (AK5102)

09.20 Dijangka tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu

13.00 Makan tengahari/persiapan akhir di Kota Kinabalu

14.30 Menaiki kenderaan menuju ke Kundasang

17.30 Tiba di Taman Kinabalu / check in

20.00 Makan malam dan rehat

12 Jun 2008

07.00 Persiapan dan minum pagi

08.00 Pendakian bermula di Timpohon Gate

11.00 Dijangka tiba di Pondok Layang-Layang (4 kilometer pendakian)

14.00 Dijangka tiba di Laban Rata (penginapan)

18.00 Makan malam dan rehat

13 Jun 2008

02.00 Persiapan dan minum pagi

03.30 bergerak secara kumpulan menuju ke puncak

05.30 Dijangka tiba di Sayat-Sayat

07.00 Dijangka tiba di puncak

07.30 mulai turun dari kawasan puncak

10.00 tiba di Laban Rata dan minum pagi

11.00 bergerak meninggalkan Laban Rata

15.00 Dijangka tiba di Timpohon Gate

20.00 Makan malam dan rehat

14 Jun 2008

08.00 Minum pagi

10.00 menaiki bas ke Poring Hot Spring

14.00 menaiki bas menuju ke Kota Kinabalu

17.00 Tiba di Kota Kinabalu dan Check in Hotel

20.00 makan malam

15 Jun 2008

08.00 minum pagi / acara bebas

11.30 menaiki bas ke Lapangan terbang

15.45 menaiki kapalterbang (AK 5101)

18.15 Dijangka tiba di LCCT

18.30 Menaiki bas ke Kuala Lumpur dan bersurai

** Tertakluk kepada perubahan semasa – segala perubahan akan diberitahu oleh urusetia.